warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

02221 5. Ujian Dajjal Amat Berat





02221 5. Ujian Dajjal Amat Berat



A. Sabda Nabi SAW,

“Pada akhir zaman nanti, akan ada ujian yang amat berat sehingga manusia (yang beriman) akan diasingkan (daripada orang-orang kafir, syirik, fasik, munafik dan asi) seperti emas diasingkan daripada batu dan besi.”

B. Kata Hasan bin Atiyah RH, sabda Nabi SAW,

“Yang akan (benar-benar) terselamat daripada fitnah Dajjal itu (dari kalangan orang-orang yang beriman) hanyalah dua belas ribu orang lelaki dan tujuh ribu orang wanita.”     (Abu Nuaim)

Keadaan ini adalah sebagai penjelasan sahaja kepada penjelasan yang telah diberikan sebelum ini. Ujian yang dibawa oleh Dajjal amat berat hingga tidak tertanggung oleh ramai manusia. Akhirnya ramai yang mendapatkan Dajjal sambil mengaku ketuhanannya. Dengan ini terlepaslah mereka daripada derita dunia yang sementara dan jadilah mereka in sebagai pengikut Dajjal. Hal ini bukan sahaja berlaku kepada penganut-penganut agama lain di dunia ini, malah ramai juga umat Islam yang berpaling dan mengikut Dajjal kerana mereka mahukan makanan dan minuman yang dibawa olehnya itu supaya mereka terselamat daripada kebuluran yang amat bermaharaja lela.

Yang benar-benar terselamat daripada fitnah Dajjal seperti yang dimaksudkan itu bukanlah benar-benar sejumlah yang dinyatakan itu. Jumlah yang dinyatakan itu adalah dari kalangan pemimpin-pemimpin kanan mereka yang tidak tergugat hati dan iman mereka terhadap ujian Dajjal itu. Bagi mereka ujian Dajjal ini adalah kecil sahaja kerana bentuk ujiannya itu dapat dilihat dengan mata kasar dan sudahpun diketahui sejak awal-awal lagi. Ada ujian yang lebih halus dan tidak berapa disedari oleh hati manusia, dan bentuk ujian yang seperti inilah yang lebih mereka takutkan jika dibandingkan dengan ujian Dajjal itu.

Malah dengan turunnya Dajjal itu, iman mereka yang seramai ini semakin bertambah tebal dan keyakinan mereka semakin bertambah kental. Mereka yakin seyakin-yakinnya bahawa memang inilah Dajjal seperti yang telah disabdakan oleh baginda SAW dalam banyak hadisnya yang diriwayatkan orang. Kerana itu mereka tidak pernah takut terhadap ancaman dan dugaan Dajjal itu dan mereka juga bertambah yakin bahawa Nabi Isa AS akan benar-benar turun untuk menyelamatkan mereka daripada Dajjal itu.

Orang-orang Islam yang lain itu juga terselamat daripada fitnah Dajjal tetapi ada yang hanya mampu bersabar dan ramai pula yang kurang sabar dengan keadaan yang amat tidak menyenangkan mereka itu. Mereka ini bukanlah golongan yang akan mendiami kedudukan syurga yang tinggi kelak, mereka hanya akan mendapat kedudukan syurga yang biasa, sesuai dengan tahap kesabaran dan keimanan masing-masing. Setiap orang daripada mereka ini akan melapik perut dengan batu besar untuk mengelakkan dari rasa pedih di dalam perut kerana telah sekian lama tidak menerima makanan. Jika makan pun, tiada yang benar-benar berkhasiat dan enak. Air susah didapati manakala makanan hampir tiada lagi diperoleh walau di mana pun.

Ingatlah, hati yang tidak kuat dengan Allah SWT adalah hati yang lemah, sakit dan tidak pernah puas dan tenang. Itulah yang akan terjadi kepada manusia yang hatinya bertumpu kepada dunia semata-mata tanpa memikirkan makanan rohnya yang mesti diutamakan. Makanan hati ialah zikir dan menimba ilmu yang yakin. Orang yang kuat keyakinan kepada Allah SWT tidak pernah gentar menghadapi perjalanan hidup. Apa sahaja cubaan yang datang akan dihadapi dengan tenang dan mereka juga tidak mudah dipengaruhi oleh sebarang bentuk dugaan dan tarikan. Akhirnya mereka inilah golongan yang berjaya di dunia dan berjaya pula di akhirat.

Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer