warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

02217 1. Tempoh Keluarnya Dajjal Dengan Penaklukan Eropah Adalah Setahun





02217 1. Tempoh Keluarnya Dajjal Dengan Penaklukan Eropah Adalah Setahun



A. Sabda Nabi SAW,

“Al-Mahdi akan memerangi Romawi selama tiga hari. Pada hari ketiga itulah Romawi runtuh. Kemudian mereka menyerang Kostantinopel. Ketika mereka sedang membahagi-bahagikan emas (rampasan perang) di Kostantinopel dengan menggunakan belakang perisai, tiba-tiba ada orang yang berteriak, “Sesungguhnya Dajjal telahpun menundukkan keluarga-keluarga kamu semua.”

B. Sabda Nabi SAW,

“… (hadisnya panjang, dipendekkan) … apabila datang kepada kamu semua seorang peneriak yang meneriakkan, “Sesungguhnya Dajjal telah keluar!” Maka mereka pun semuanya meninggalkan seluruh harta-benda yang ada dan terus pulang ke rumah masing-masing.”

C. Dari Abdullah bin Busri RA berkata, Rasulullah SAW bersabda,

“(Jarak masa) antara pembantaian (Malhamah al-Uzma) dan penaklukan kota-kotanya adalah enam tahun dan Dajjal akan keluar pada tahun yang ketujuh.”        (Ibnu Majah)

D. Dari Muaz bin Jabal RA, dari Nabi SAW bersabda,

“(Jarak masa antara) pembantaian paling besar (Malhamah al-Uzma), penaklukan Kostantinopel (Eropah) dan keluarnya Dajjal adalah dalam masa tujuh bulan.”  (Ibnu Majah)

E. Dari Abu Hurairah RA katanya, Nabi SAW bersabda,

“Orang-orang Rom akan ditawan oleh seorang pemimpin dari ahli keluargaku yang namanya sama dengan namaku. Mereka akan bertempur di suatu tempat yang bernama Al-Imaq, lalu sepertiga daripada tentera Islam terbunuh. Mereka berperang lagi besoknya dan sepertiga daripada tentera Islam terbunuh. Pada hari ketiga, mereka berperang lagi dan tentera Rom ditewaskan. Mereka akan terus berada di sana sehinggalah mereka membuka Kostantinopel. Pada ketika itulah datang seorang pembawa berita yang menyatakan bahawa Dajjal telah pun keluar dan menundukkan keluarga-keluarga mereka.”(Ibnu Hibban, At-Tarmizi, At-Tabrani, Al-bazar, Abu Nuaim & Al-Hakim)

Hadis-hadis ini menjelaskan tempoh penaklukan umat Islam terhadap seluruh Eropah. Jika kita mahu mencantumkan antara beberapa keterangan seperti di atas, kita akan dapati suatu jalan keluar yang amat molek dan tepat dengan apa yang dikehendaki oleh baginda SAW sendiri. Tempoh yang dimaksudkan itu adalah tujuh tahun tujuh bulan dan tiga hari iaitu menurut ukuran pada orang-orang Islam. Dan seperti yang dijelaskan, Dajjal akan keluar pada tahun yang ketujuh , atau lebih tepat lagi setahun selepas seluruh benua Eropah berjaya ditawan oleh tentera Islam dan pasukan tentera Islam itu masih belum sempat pulang ke rumah masing-masing.

Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer