warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

02216 K. Kemunculan Dajjal - Mosyiakh Laknatullah





02216 K. Kemunculan Dajjal - Mosyiakh Laknatullah



Banyak istilah Arab dan Yahudi yang bunyinya hampir sama. Yang
paling senang diingat ialah sebutan nombor dari satu hingga
sepuluh, yang kesemuanya amat hampir bunyinya. Contoh lain ialah
kebanyakan huruf sin dalam sebutan Arab, sama dengan
syin bagi sebutan Yahudi. Umpamanya kalimah
Salam dalam bahasa Arab, disebut Syalom
dalam bahasa Yahudi. Nabi Isa dalam bahasa Arab
sedangkan orang Yahudi menyebutnya Yasyuk. Dan
begitulah sebaliknya, huruf syin dalam bahasa Arab,
bersamaan dengan sin dalam sebutan Yahudi.

Dalam hal ini, perkataan Al-Masih dalam bahasa Arab bermaksud yang ditunggu, yang dinanti-nanti. Orang Yahudi menyebutnya sebagai Mosyiakh.

Perkataan Arab Masikh, iaitu Nabi Palsu, sama bunyi sebutannya dengan Mosyiakh, dalam bahasa Yahudi, bermaksud yang ditunggu-tunggu atau dinanti-nantikan. Dan orang-orang Yahudi tidak pernah menyebutkan siapa dia Masikh yang dimaksudkan itu, sama ada Nabi Isa AS atau Imam Mahdi AS ataupun Dajjal.

Berdasarkan pengertian harfiah tersebut, jelaslah bahawa orang-orang Yahudi sedang menunggu-nunggu datangnya Mosyiakh untuk memimpin mereka, yang dapat difahami bahawa orang-orang Yahudi akan mengikut Nabi Palsu (Mosyiakh), dan sekali lagi akan menolak Nabi Isa AS, iaitu Al-Masih yang sebenarnya. Dan keluarnya Dajjal kelak, akan menjadi Mosyiakh terbesar bagi mereka dan memimpin mereka untuk menguasai semula dunia. Pada masa itu, mereka akan bersatu di bawah pimpinan Dajjal menentang kuasa Islam yang sedang menguasai seluruh dunia ketika itu. Itu adalah pengertian daripada istilah yang secara harfiah, bukan menurut erti hakikatnya.

Selain itu, menurut bahasa Arab juga, perkataan Al-Masih diambil dari perkataan Yahudi masyiha bermaksud Al-Masmuh iaitu yang dimaafkan atau yang diampunkan atau yang dibebaskan. Perkataan ini adalah sesuai untuk Nabi Isa AS, bukannya untuk Dajjal. Ini bermaksud Nabi Isa AS adalah orang yang maafkan atau diampunkan atau orang yang dibebaskan daripada kesesatan umat Kristian di seluruh dunia yang menjadikannya sebagai tuhan ketiga.

Perkataan Al-Masih yang digunakan di hadapan nama Nabi Isa AS dan di hadapan nama Dajjal itu adalah isim sifat yang diambil dari perkataan masaha yang bererti dihapuskan. Bezanya, kalimah Al-Masih untuk Nabi Isa AS bererti dihapuskan kesalahan-kesalahannya manakala bagi Dajjal pula, kalimah Al-Masih itu bererti dihapuskan kebaikan-kebaikannya.

Perkataan Al-Masih juga diambil dari kata yamsahu iaitu bererti dipermudahkan jalannya iaitu berjalan ke sana ke mari di atas dunia ini dengan kadar yang amat cepat, atau ringkasnya disebut penjelajah dunia. Memang Dajjal itu dipermudahkan jalannya oleh Allah SWT sehingga dia hanya perlu berjalan beberapa langkah sahaja untuk sampai ke mana-mana pun di atas muka bumi ini. Tujuan mereka adalah untuk menyesatkan seluruh umat manusia dari jalan yang lurus dan mereka juga tidak mahu menerima dakwah Islamiah yang dibawa oleh Imam Mahdi.

Hal ini tidaklah mustahil atau sukar kerana menurut sejarah pun, memang bangsa Yahudi adalah bangsa yang paling keras hati, paling degil dan paling susah menerima dakwah para rasul mereka. Sebab itulah, hampir dua pertiga daripada rasul yang ada, adalah datangnya dari bangsa Yahudi. Rasul-rasul yang paling banyak wafat dibunuh oleh sesuatu kaum pun adalah dari kalangan bangsa Yahudi. Mereka cukup susah menerima dakwah mana-mana rasul pun, termasuk Nabi Musa AS dan Nabi Isa AS dahulu. Maka tidak hairanlah jika Nabi Isa AS turun semula ke dunia nanti, beliau pun akan tetap ditolak oleh kalangan bangsa Yahudi yang cukup keras hati, paling degil dan paling susah menerima dakwah itu. Mereka lebih rela menerima kematian di tangan Nabi Isa AS daripada mengubah iktikad mereka yang salah dan sesat itu yang diwarisi daripada nenek moyang mereka dahulu kepada agama Islam yang suci.

Mereka lebih rela mengikut ajakan Dajjal yang mengutamakan dunia itu, sehingga jadilah mereka sebagai ahli dunia yang sejati. Mereka adalah bangsa yang lebih cenderung melakukan kejahatan dan kezaliman, serta kesesatan akidah. Lihatlah bagaimana sewaktu Nabi Musa AS bermunajat di Bukit Tursina dahulu, bangsa Yahudi yang hanya ditinggalkan selama empat puluh hari sahaja, sudah berbalik mengikut ajakan Dajjal Muda (ketika itu digelar Samiri, kerana dia berasal dari Kampung Samir, di Mesir) yang menyeru mereka supaya menyembah anak patung lembu yang diperbuat daripada emas dan boleh bercakap-cakap. Mereka juga menyembah api dan meninggalkan Allah, Tuhan yang menciptakan api yang mereka sembah itu.

Demikianlah serba sedikit mengenai Dajjal, makhluk yang amat dahsyat fitnahnya terhadap manusia dan seluruh dunia ini, yang tidak pernah berlaku lagi sebelumnya peristiwa yang sedahsyat dan sebesar ini. Itulah sekali dan tidak akan ada kali keduanya lagi di atas dunia ini. Dan dalam bahagian ini, tumpuan tidak diberikan kepada peribadi Dajjal itu, hanya disorot sekali lalu sahaja, kerana tumpuan utama kita ialah kepada umat Islam dan pemimpin mereka iaitu Imam Mahdi. Bukan tempatnya di dalam buku ini untuk memperincikan mengenai peribadi yang bergelar Dajjal As-Samiri Laknatullah itu.

Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer