warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

02205 41. Nama Ketua Tentera ke Romawi





02205 41. Nama Ketua Tentera ke Romawi



A. Sabda Nabi SAW,

“Tahir bin Asmak menyerang Bani Israel, kemudian dia mengalahkannya dan merampas segala perhiasan yang ada di Baitulmaqdis. Sebahagian harta-benda itu dibakar hingga hangus dan yang selebihnya diangkut dengan 1,700 buah kapal untuk dibawa ke Romawi.”

Tahir bin Asmak itu bukanlah nama sebenarnya, tetapi merupakan nama yang diberikan oleh Rasulullah SAW dan namanya di atas langit. Namanya di bumi ini tidaklah demikian. Tahir itu maksudnya dia adalah seorang yang suci hatinya, iaitu seorang yang bertaraf wali yang mahfuz sejak kecil lagi hinggalah ke besarnya. Dia juga adalah seorang lelaki yang tulen iaitu berani, gagah dan cekap berperang. Kerana kesucian hatinya kepada Allah SWT, peperangan terbesar yang dipimpinnya itu berjaya mengalahkan sebuah demi sebuah negara-negara di Eropah, baik yang di Eropah Timur mahupun yang di Eropah Barat sehingga akhirnya seluruh Eropah berjaya ditawannya, manakala pemimpin Perancis berjaya ditangkap, ditawan, dibawa ke Malaysia dan seterusnya dihukum bunuh.

Seluruh harta rampasan perang dari Eropah yang tidak terkira banyaknya itu akan diangkut keluar dari Eropah menggunakan kapal-kapal besar yang jumlahnya hampir dua ribu buah.

Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer