warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

02168 4. Imam Mahdi Menguasai Harta-benda





02168 4. Imam Mahdi Menguasai Harta-benda



A. Sabda Nabi SAW,

“Pada kurun-kurun akhir umatku nanti, akan muncul seorang Khalifah yang amat mudah mendapat harta-benda (tanpa perlu apa-apa usaha pun) dengan jumlah yang tidak terkira banyaknya.”

B. Kata Abu Nadrah, kami bersama-sama dengan Jabir bin Abdullah RA, lalu dia berkata:

Akan terjadi penduduk Iraq tidak menghantar bahan makanan dan dirham mereka.” Kami bertanya, “Dari arah mana?” Jawabnya, “Dari arah bukan Arab, yang menahannya.” Kemudian dia berkata lagi, “Aku syak bahawa penduduk Syam juga tidak menghantar dinar dan mud mereka.” Kami bertanya, “Dari arah mana datangnya?” Jawabnya, “Dari arah Rom.” Kemudian dia diam seketika, kemudian berkata, “Telah bersabda Nabi SAW, “Akan berlaku pada akhir zaman seorang khalifah yang menyebarkan harta sebanyak-banyaknya tanpa mengira-ngiranya.” Aku bertanya kepada Abu Nadrah dan Abu al-A’ala, “Kami menyangka dia itu adalah Umar bin Abdul Aziz.” Jawabnya, “Bukan.”  (Muslim)

C. Sabda Nabi SAW,

“Pada akhir umatku nanti, Al-Mahdi akan muncul yang dengannya Allah akan menurunkan hujan (yang lebat) sehingga bumi mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya. Dia akan menyebarkan harta-benda secara saksama, lembu-lembu ternak akan bertambah dan umat ini menjadi besar. Dia akan hidup selama tujuh atau lapan (tahun).”

Kemuncak kegemilangan umat Islam adalah semasa Imam Mahdi memerintah, iaitu sejurus sebelum Dajjal keluar dan selepas Dajjal mati dibunuh. Pada masa itu, iaitu selepas Dajjal mati dibunuh oleh Nabi Isa AS, seluruh umat manusia di seluruh dunia akan memeluk Islam sebagai agama mereka sehingga hampir-hampir tiada lagi di atas dunia ini orang-orang kafir. Ini dikeranakan pemerintahan Imam Mahdi itu amat adil sehingga manusia nampak nyata kebenaran dan kebesaran agama Islam di dalam setiap hal di atas muka bumi ini. Tiada lagi yang lebih besar dan nyata melainkan Islamlah satu-satunya.

Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer