warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

02132 35. Lagi Tanda-tanda Khusus Kemunculannya





02132 35. Lagi Tanda-tanda Khusus Kemunculannya



A. Kata tabiin RH,

“Al-Mahdi akan muncul dari Makkah pada waktu Isyak dengan membawa Panji-panji Rasulullah SAW. Baju besi dan pedangnya mempunyai tanda-tanda khusus, berkilauan dan bercahaya. Jika mengerjakan sembahyang Isyak, dia lantas berkhutbah dengan khutbah yang panjang, mengajak manusia seluruhnya taat kepada Allah dan rasul-Nya. Bumi Hijaz akan diserahkan kepadanya, (tentera) Pemuda Bani Hasyim yang berada di laut mendarat, Panji-panji Hitam dikirimkan kepadanya dari Kufah dan askar-askarnya akan bertebaran ke seluruh penjuru alam.”

Selepas dibaiat oleh orang ramai dan para pembantu kanannya, Imam Mahdi akan masuk semula ke dalam rumahnya dan keluar semula untuk menunaikan sembahyang Isyak secara berjemaah dengan orang ramai di Masjidil Haram. Selepas menunaikan sembahyang Isyak itu, Imam Mahdi akan berkhutbah dan khutbahnya ini membawa bersama-sama penghidup roh bagi sekalian umat Islam yang  telah lama mati. Juga membawa keberkatan yang telah lama hilang dari dalam hidup manusia. Seterusnya semua askarnya yang berada di tempat-tempat yang jauh akan segera mendatanginya di Masjidil Haram lalu tinggal bersama-sama dengannya selama beberapa waktu sebelum mereka meneruskan perjalanan ke Baitulmaqdis.

Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer