warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

02130 33. Dua Tanda Besar Sebelum Imam Mahdi Muncul





02130 33. Dua Tanda Besar Sebelum Imam Mahdi Muncul



A. Kata Muhammad bin Ali al-Hanafiah RH,

“Bagi al-Mahdi ada dua tanda (yang bakal berlaku) yang mana kedua-dua tanda ini belum pernah berlaku kepada sesiapa pun sejak Allah menciptakan langit dan bumi. Dua perkara itu ialah bulan yang memancarkan cahaya merah pada awal bulan Ramadan dan matahari (pula) memancarkan cahaya merah pada pertengahan bulan Ramadan (bulan yang sama).”

Ucapan ini menambah dua tanda lagi bagi menunjukkan bahawa Imam Mahdi akan segera muncul ke dunia ini iaitu bulan yang memancarkan cahaya merah (gerhana bulan) pada awal bulan Ramadan dan matahari pula akan memancarkan cahaya merah (gerhana matahari) pada pertengahan bulan Ramadan iaitu dalam bulan yang sama. Sama ada tanda-tanda ini akan benar-benar berlaku atau tidak, tidaklah penting sangat, sebab yang lebih pentingnya bagi sekalian umat Islam adalah kemunculan peribadi yang bergelar Imam Mahdi itu sendiri. Itulah yang paling penting bagi kita semua daripada sekalian yang lain. Namun, apa yang diucapkan oleh Imam Muhammad bin Ali Al-Hanafiah RA ini insya-Allah akan berlaku juga pada suatu hari nanti.


Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer