warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

02126 29. Suara Syaitan Melawan Suara Malaikat





02126 29. Suara Syaitan Melawan Suara Malaikat



A. Kata tabiin RH,

“Suara dari langit menyeru, “Sesungguhnya pemimpin yang sebenar adalah daripada keturunan Rasulullah SAW.” Ketika itu, terdengar pula seruan (lain) dari bumi yang menyeru, “Sesungguhnya pemimpin yang sebenar adalah daripada keturunan Nabi Isa.” Atau dia mengatakan, “Dari al-Abbas.” Seruan dari bumi ini adalah seruan dari suara syaitan, manakala seruan dari langit itu adalah Kalamullah, dan (seruan Kalamullah) inilah yang menang.”

Apabila manusia telah mendengar sekian banyak suara hatif yang semakin lama semakin kuat dan lantang sehingga mampu mengejutkan orang yang sedang tidur dan sebagainya, maka syaitan akan merasa amat susah hati kerana ternyata bahawa mereka tidak mampu lagi menyesatkan manusia dengan keberadaan Imam Mahdi di kalangan mereka itu. Untuk itu, sebagai salah satu ikhtiar terakhir mereka, manusia akan mendengar pula suatu suara yang amat ganjil dengan perkataan yang amat ganjil pula.

Ternyata bahawa suara itu adalah suara syaitan yang cuba melawan suara malaikat tadi. Dan ternyata pula bahawa suara syaitan itu hanya dapat didengar oleh sebahagian kecil manusia sahaja, iaitu di sekitar tempat syaitan itu bersuara sahaja. Orang lain di tempat yang jauh-jauh tidak dapat mendengar suara syaitan tadi. Syaitan itu tadi cuba memberitahu orang ramai agar mempercayai ucapan karutnya iaitu bahawa pemimpin sebenar adalah daripada keturunan Nabi Isa AS sedangkan Nabi Isa AS tidak mempunyai sebarang keturunan.

Dengan itu kalahlah suara syaitan yang cuba melawan suara malaikat. Suara dari bumi ternyata tidaklah sekuat mana berbanding dengan suara malaikat yang ternyata amat kuat dan jelas serta dapat difahami menurut bahasa masing-masing yang mendengarnya. Demikianlah Allah SWT menunjukkan kepada manusia betapa Dia Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.


Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer