warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

02122 25. Tanda Munculnya Ialah Seorang Suci Mati Dibunuh





02122 25. Tanda Munculnya Ialah Seorang Suci Mati Dibunuh


A. Kata sahabat RA,

“Al-Mahdi tidak akan muncul sebelum seorang yang hatinya suci (nama gelarannya Muhammad, dibunuh oleh seorang keturunan Bani Abbas) terbunuh. Apabila orang yang berhati suci ini (Nafsuz Zakiyah) mati terbunuh, maka penduduk langit dan bumi menjadi marah. Kerana itu, umat manusia (segera) mendatangi al-Mahdi dengan berjalan cepat-cepat, seperti jalannya pengantin lelaki menuju pengantin perempuan.”

Satu lagi tanda kemunculan Imam Mahdi ialah seorang lelaki yang berhati bersih, iaitu seorang yang bersih hatinya daripada dosa-dosa besar dan dosa-dosa kecil mati dibunuh oleh seorang lelaki yang juga merupakan ahli keluarga Nabi SAW. Orang itu tidak disebutkan nama sebenarnya, hanya dikatakan bahawa bagi penduduk langit, dia bernama Muhammad. Si pembunuhnya juga tidak dijelaskan dengan tepat namanya dan asal-usulnya, sama ada dari Timur juga atau dari kawasan lain.

Pemuda yang berhati suci ini adalah seorang yang kuat mengamalkan amalan sufi yang diwarisinya sejak turun-temurun, sesuai dengan dirinya yang berketurunan Sayidina Ali KMW. Berkat amalan sufinya itulah maka beliau turut menjadi seorang yang mahfuz, dipelihara oleh Allah daripada sebarang dosa. Hanya orang yang mencapai taraf wali sahaja yang terselamat daripada melakukan dosa, sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja. Juga bermaksud dia telah mengamalkan amalan tarekat sufi ini sejak dari kecil lagi. Hanya orang yang mengamalkan amalan sufi sejak kecil sahaja yang terselamat daripada melakukan sebarang dosa, sejak kecilnya lagi hinggalah ke saat kematiannya.

Kematiannya di Makkah itu semasa mengerjakan haji bersama-sama umat Islam itu menyebabkan sekalian umat Islam yang masih tinggal menjadi amat marah kepada si pembunuhnya itu. Kerana itu mereka pun bersegera mencari Imam Mahdi, ke sana ke mari kerana mereka amat mengharapkan kemunculan Imam Mahdi itu untuk segera menyelesaikan masalah yang sedang mereka hadapi.

Para malaikat juga menjadi marah dengan peristiwa pembunuhan lelaki yang berhati suci tadi. Dengan berkat para malaikat itu dan juga kemarahan penduduk bumi, maka Allah SWT segera memberikan jalan sehingga umat Islam dengan mudah dapat mencari tempat Imam Mahdi menyorok, lalu membawanya keluar rumah dan terus sahaja dibaiat di dalam Masjidil Haram, di sisi Maqam Ibrahim, dekat dengan Hajarul Aswad.

Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer