warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

02118 21. Tanda Pada Matahari





02118 21. Tanda Pada Matahari



A. Kata Muhammad bin Ali al-Hanafiah RH,

“Al-Mahdi tidak akan muncul sehinggalah ada satu tanda (gerhana) yang muncul daripada matahari.”

Alamat ini adalah salah satu alamat yang paling masyhur mengenai kemunculan Imam Mahdi ke dunia ini. Yang dimaksudkan dengan gerhana matahari itu ada dua iaitu memang benar-benar akan berlaku gerhana matahari pada bulan Ramadan dan maksud keduanya adalah matinya pemimpin-pemimpin yang jahat, yang mengumpulkan harta sebanyak-banyaknya. Maksud lain bagi gerhana matahari itu adalah lambang matinya sistem jahiliyah pada zaman ini iaitu segala sistem karut-marut yang sedang diamalkan di seluruh dunia pada zaman ini, yang sememangnya tidak sesuai dengan ajaran Islam.

Apabila berlaku gerhana matahari, maka itulah tandanya bahawa sistem Barat, sama ada yang bernama demokrasi atau sosialis atau apa-apa nama pun, semuanya sudah sampai ajalnya dan menanti saat sahaja untuk sang imam menguburkannya terus dari atas muka bumi ini. Seterusnya sistem jahiliyah Barat itu keseluruhannya akan digantikan dengan Islam yang tulen, seperti yang pernah dibawa oleh baginda SAW dan para Khulafa RA dahulu. Maka gerhana matahari itu adalah tanda zahir, manakala hapusnya sistem Barat itu adalah tanda hakikinya.

Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer