warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

02109 12. Lelaki Bani Tamim Mesti Diikuti oleh Al-Haris Harras





02109 12. Lelaki Bani Tamim Mesti Diikuti oleh Al-Haris Harras



A. Sabda Nabi SAW,

“Panji-panji Hitam akan keluar dari Khurasan (setelah Pemuda Bani Tamim bertemu al-Haris Harras) dan pada masa itu juga kawan-kawan al-Mahdi (tentera-tenteranya) keluar menuju Baitulmaqdis.”

Kawan-kawan Imam Mahdi yang dimaksudkan adalah pasukan tentera dari kalangan pengikut Pemuda Bani Hasyim. Mereka ini adalah orang-orang Arab yang tetap teguh mempertahankan akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah pada masa bangsa Arab sudah keluar beramai-ramai daripada pegangan Ahlus Sunnah tersebut. Mereka ini adalah dari golongan minoriti Arab yang masih mengekalkan amalan sufi di Tanah Arab, menjadi dua golongan yang masih kekal berbuat demikian di seluruh Hijaz dan Semenanjung Tanah Arab.

Tidak lama sebelum Imam Mahdi muncul, mereka ini akan pergi mendapatkan Pemuda Bani Tamim dan menunggu kedatangannya di Khurasan. Mereka ini akan datang secara rombongan-rombongan kecil dan berkumpul di Khurasan secara berasingan, datang sedikit demi sedikit. Jelaslah bahawa mereka ini adalah pasukan tambahan kepada pasukan Pemuda Bani Tamim yang disebutkan Ikhwan itu. Mereka ini bukanlah golongan Ikhwan dan tidak dapat dimasukkan ke dalam golongan Ikhwan. Mereka hanya dapat dimasukkan ke dalam golongan Asoib sahaja. Seperti yang disebutkan, golongan Ikhwan hanyalah dari kalangan orang-orang Timur, bukannya dari bangsa-bangsa lain termasuk dari bangsa Arab sendiri.

Kerana itu jugalah, Pemuda Bani Hasyim tidak dilantik menjadi pemimpin kerana beliau bersifat sebagai pembantu sahaja kepada Pemuda Bani Tamim. Namun memandangkan kemuliaan keturunannya iaitu dari kalangan Bani Hasyim juga, maka Pemuda Bani Tamim memberikannya tugas sebagai pembawa bendera pasukan, dan beliau menjalankan tugasnya ini dengan penuh taat setia, sebagai seorang pembawa bendera. Itulah kemuliaan yang pernah dipegang oleh datuk neneknya pada zaman Rasulullah SAW dahulu, diwarisi oleh beliau pula pada zaman ini. Lagipun beliau adalah dari keturunan Quraisy, suatu keturunan yang mulia, diberikanlah jawatan yang sesuai dengan beliau yang datang dari bangsa Arab itu.

Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer