02108 11. Sebelum Imam Mahdi, Mesti Muncul Dulu Pemuda Dari Bani Tamim
A. Dari Ibnu Umar RA yang menyatakan,
“Akan datang seorang perkasa, yang melalui lelaki perkasa itu Allah akan memenangkan umat Muhammad SAW. Setelah itu keluarlah al-Mahdi, kemudian al-Mansur, kemudian as-Salam, kemudian Ibnul ‘Asab. Wahai penduduk Yaman, bukankah kamu semua berkata sesungguhnya al-Mansur adalah dari keturunanku? Demi Allah yang diriku berada di dalam kekuasaannya, sesungguhnya ayah al-Mansur adalah (benar-benar) berketurunan Quraisy. Sekiranya Allah hendak menunjukkan namanya hingga datuknya yang terakhir, nescaya akan saya sebutkan. Kerana perkara ini bersangkut paut dengan rahsia hari kiamat, maka tidaklah saya sebutkannya.”
B. Sabda Nabi SAW,
“Akan keluar dari sulbi ini (Sayidina Ali KW) seorang pemuda yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu meyakini yang demikian itu, hendaklah kamu turut menyertai Pemuda dari Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji al-Mahdi.” (At-Tabrani)
Sayidina Ali KMW menjelaskan bahawa sebelum Imam Mahdi muncul,
mestilah dimunculkan terlebih dahulu Pemuda Bani Tamim. Ini
dikeranakan Pemuda Bani Tamim itulah yang memegang bendera yang
akan diserahkan kepada Imam Mahdi, yang menyediakan tapak untuk
pemerintahan Imam Mahdi dan menyediakan pengikut-pengikut yang akan
membantu Imam Mahdi memerintah seluruh dunia nanti. Oleh itu,
segala rahsia mengenai Imam Mahdi ada pada Pemuda Bani Tamim kerana
hanya beliaulah yang lebih tahu tentang Imam Mahdi itu serta
isyarat-isyarat yang tersembunyi tentang ImamMahdi. Hal ini tidak
pernah diberikan oleh Allah SWT kepada sesiapa pun sebelumnya
termasuk di kalangan para Sahabat RA.
Ini bukanlah bermakna bahawa Pemuda Bani Tamim itu lebih utama
daripada para Sahabat RA. Jika hal ini berlaku, itu adalah suatu
salah faham yang sengaja dicari atau sengaja mahu mencari salah
faham. Para Sahabat RA tetaplah lebih utama, tetapi sebagai
pembantu kanan kepada Imam Mahdi, maka Pemuda Bani Tamim berhak
pula untuk memperoleh sesuatu yang hanya lebih diketahui olehnya
berbanding mana-mana individu lain, sama ada yang hidup sezaman
dengannya mahupun yang hidup pada zaman dahulu, termasuk dari
kalangan para Sahabat RA dan tabiin RH yang hidup pada zaman-zaman
awal Islam.
Memang, tidak akan ada gunanya para Sahabat RA mengetahui
dengan terperinci tentang Imam Mahdi sedangkan Imam Mahdi itu tidak
hidup pada zaman mereka. Hanya orang yang hidup semasa dengan Imam
Mahdi sahajalah yang dapat memanfaatkan sepenuhnya apa yang patut
diketahuinya tentang Imam Mahdi. Hal ini samalah dengan kita yang
hidup pada zaman ini yang tidaklah lebih pengetahuan kita
berbanding para Sahabat RA tentang diri Rasulullah SAW. Setahu-tahu
kita tentang diri Rasulullah SAW, tidak akan lebih pengetahuan kita
berbanding dengan apa yang diketahui oleh para Sahabat RA dahulu.
Jika kita tahu banyak pun tentang Rasulullah SAW, maka tidaklah
sepenuh manfaatnya itu untuk kita yang hidup pada zaman ini.
Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik |
- 5323 reads
untuk kontak bisa ke halaman
untuk kontak bisa ke halaman ini: http://kawansejati.org/contact
nampaknya memang ada
nampaknya memang ada perbedaan antara pemuda bani tami dengan al-mansur. karena pbt duluan muncul dari imam mahdi sedangkan hadis tsb berkata al-mansur keluar setelah al-mahdi.
Ass.Pak Admin..saya contact
Ass.Pak Admin..saya contact anda gimana?dari menu yang ada tidak bisa.
Thanks
Post new comment