warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

02106 9. Ar-Rufaqak dan Wali Abdal





02106 9. Ar-Rufaqak dan Wali Abdal



A. Sayidina Ali KMW berkata,

“Apabila dia yang dari ahli keluarga Muhammad SAW keluar, Allah akan mempertemukan para pengikutnya dari Timur dan Barat dengannya, seperti bertemunya awan-awan pada musim luruh. Mereka adalah ar-Rufaqak, mereka datang daripada penduduk Kufah, dan Wali Abdal yang datang daripada penduduk Syam.”

Wali Abdal adalah antara golongan wali yang sangat mulia pada sisi Allah SWT. Jumlah mereka adalah 40 orang lelaki dan 40 orang wanita pada setiap masa. Apabila salah seorang daripada mereka mati, maka Allah akan gantikan tempatnya pada hari itu juga dengan seseorang yang lain, yang diangkat taraf walinya kepada taraf Wali Abdal. Mereka ini datang dari kalangan penduduk Syam, dan pada hari ini perkataan Syam itu hanyalah kiasan sahaja kerana yang dimaksudkan dengan Syam itu adalah kawasan yang pengamalan Islamnya amat baik.

Sehubungan itu, para Rufaqak adalah menyamai bilangannya dengan bilangan Wali Abdal iaitu 40 orang lelaki dan 40 orang perempuan. Dari segi taraf, kedua-duanya adalah golongan yang istimewa pada sisi Allah dan memberi jasa yang amat besar terhadap perkembangan Islam pada akhir zaman. Kedua-duanya membantu Imam Mahdi. Beza antara Wali Abdal dengan Rufaqak ini hanyalah dari beberapa segi, seperti berikut:

  1. Wali Abdal tidak mempunyai ketua khusus kerana mereka adalah golongan wali yang khusus Allah lantik untuk mengelakkan dunia ini daripada dibinasakan-Nya kerana dosa-dosa manusia. Rufaqak pula mempunyai ketuanya sendiri, dipilih dan dididik oleh ketuanya iaitu Pemuda Bani Tamim.
  2. Para Rufaqak berperanan mengembangkan Islam sebelum Imam Mahdi muncul ke dunia ini ketika dunia ini sedang benar-benar rosak manakala Wali Abdal pula berperanan besar selepas Imam Mahdi muncul dan memerintah.
  3. Wali Abdal sentiasa ada di atas dunia ini sejak zaman permulaan zaman Khulafa ur-Rasyidin lagi sehinggalah ke saat terakhir umat Islam hidup di atas dunia ini, sejurus sebelum dunia ini dikiamatkan. Para Rufaqak pula hanya muncul sekali sahaja di dunia ini iaitu semasa Pemuda Bani Tamim mendapat kuasa, juga sejurus sebelum Imam Mahdi muncul ke dunia ini dan terus wujud seketika selepas Imam Mahdi muncul.
  4. Setiap Wali Abdal yang mati, tempatnya akan digantikan oleh seorang yang lain yang diangkat ke darjat Abdal dan keadaan ini berterusan sehinggalah ke penghujung umur dunia ini nanti. Para Rufaqak apabila mati, tempatnya tidak akan digantikan lagi oleh sesiapa pun sehinggalah orang terakhir yang menjadi ahli Rufaqak itu meninggal dunia. Pada ketika itu, berakhirlah golongan yang dipanggil Rufaqak ini dari atas dunia dan seentak dengan itu, berakhir pulalah peranan golongan ini.
  5. Para Rufaqak akan keluar mencari Imam Mahdi sejak sebelum Imam Mahdi muncul lagi dan mereka memulakan perjalanan dari Timur hinggalah sampai ke Makkah. Golongan Wali Abdal hanya keluar mencari Imam Mahdi setelah terdengar berita bahawa Imam Mahdi sudah muncul dan sedang dibaiat oleh para jemaah haji yang masih hidup.
  6. Wali Abdal itu walaupun jumlah pada satu-satu masa hanyalah 40 orang sahaja, namun jumlah itu berterusan, dan sehingga kini jumlah Wali Abdal itu sudah mencapai ribuan orang kerana setiap kali ada kematian di kalangan mereka, akan dilantik yang lain menggantikan tempatnya. Maka jumlah mereka ini memang sudah beribu-ribu orang, jika dihitung semuanya. Jumlah para Rufaqak memang tepat 40 orang lelaki dan 40 orang perempuan, tidak lebih. Jika lebih atau kurang pun, hanyalah satu atau dua orang sahaja. Maknanya, dari segi jumlah memang mereka ini cuma sebanyak itulah.
  7. Wali Abdal kebanyakan mereka datang dari kalangan penduduk Syam yang soleh-soleh dan abid serta selalu mengerjakan amal ibadat yang dikhususkan untuk mereka. Kebanyakan mereka tidak begitu dikenal oleh orang ramai sepanjang hidup mereka. Para Rufaqak adalah golongan yang khusus datang dari Timur, dari kalangan orang-orang Timur sahaja, yang menjadi soleh kerana dididik oleh Pemuda Bani Tamim. Kebanyakan mereka dikenal oleh orang ramai kerana mereka selalu berurusan dengan orang ramai terutama untuk berdakwah dan berurus niaga.
  8. Golongan Wali Abdal tidak pernah dianggap sebagai golongan Ghurabak kerana keberadaan mereka telah diketahui oleh orang ramai sejak awal Islam lagi. Golongan Rufaqak adalah sebahagian daripada golongan Ghurabak kerana keberadaan mereka walaupun diketahui sejak awal Islam, munculnya hanya pada akhir zaman menyebabkan mereka dianggap sebagai golongan Ghurabak. Orang Islam pada akhir zaman sudah terlupa atau tidak perasan lagi kandungan hadis yang menyebutkan adanya golongan Ghurabak ini, termasuk jugalah golongan Rufaqak.
  9. Wali Abdal itu dikhidmat oleh orang sepanjang masa kepada mereka sebagai memuliakan kedudukan mereka yang cukup tinggi pada sisi Allah dan kelebihan ini telah Allah kurniakan kepada mereka secara terus sejak dahulu lagi. Orang ramai juga berkhidmat kepada mereka untuk mendapatkan berkat atau mengharapkan doa para Abdal ini untuk kebaikan mereka di dunia ini. Para Rufaqak pula berkhidmat kepada orang, tidak dikhidmati oleh orang kepada mereka. Walaupun taraf mereka ini juga tinggi pada sisi Allah SWT, mereka ditugaskan untuk memberikan sepenuh khidmat kepada pemimpin mereka iaitu Pemuda Bani Tamim dan Imam Mahdi serta kepada umat Islam umumnya. Mereka jarang didoakan oleh orang ramai, sebaliknya merekalah yang mendoakan kebaikan dan keselamatan untuk orang ramai.

Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer