warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

02104 7. Imam Mahdi dan Ikhwan





02104 7. Imam Mahdi dan Ikhwan



A. Muhammad bin Ali al-Hanafiah RH berkata,

“Kami sedang bersama-sama dengan Sayidina Ali KMW apabila seorang lelaki bertanya tentang Al-Mahdi. Imam Ali KMW berkata, “Begini.” Lalu ditemukannya jari-jarinya sambil dikira sampai tujuh dan berkata, “Dia akan muncul pada akhir zaman ketika orang-orang (munafik) berkata bahawa Allah telah mati. Kemudian melaluinya (Al-Mahdi) Allah mendatangkan untuk mereka awan mendung yang menutup langit lalu Allah mempertautkan antara hati mereka sehingga mereka tidak berasa keseorangan lagi malah akan lebih gembira jika ada orang lain yang menyertainya. Bilangan mereka adalah seperti pasukan Badar. Sama ada mereka itu pada permulaannya yang mendapatinya atau yang kemudian lalu menyertainya. Bilangan mereka tetap (sama) seperti bilangan tentera Talmut yang berjaya menyeberangi sungai dengannya (Talut).”

Pada hari ini memang telah muncul golongan yang mendakwa mereka adalah golongan terpelajar, cerdik pandai, ahli sains dan pemikir agung yang menafikan kewujudan Tuhan secara terus terang. Bagi mereka, setiap sesuatu mestilah dapat dicapai oleh akal mereka, dapat dianalisis oleh matematik, dapat diformulakan oleh fizik dan kimia, dapat dilogikkan oleh pemikiran dan boleh dicerna oleh sumber-sumber alam semula jadi. Seruan-seruan yang seperti ini sama ertinya dengan perbuatan orang yang mengatakan bahawa Tuhan telah mati. Akal merekalah yang menjadi raja, sekali gus menjadi tuhan bagi mereka. Setiap yang tidak terjangkau oleh akal, akan dicari jalan bagi melogikkannya.

Dalam keadaan beginilah Imam Mahdi muncul lalu menarik kembali manusia kepada fitrah asal mereka iaitu mengakui ketundukan manusia kepada Tuhan yang menjadikan sarwajagat ini. Pada masa itu, semua manusia akan mengakui wujudnya Tuhan, malah dapat merasakan keberadaan Zat yang Wajibal Wujud itu dalam setiap sesuatu. Maknanya semua ideologi batil akan dimusnahkan oleh Imam Mahdi sehingga ke akar umbinya sekali.

Salah satu ciri penting Ikhwan ini adalah mereka sentiasa berjemaah. Para Ikhwan ini juga tidak akan berasa keseorangan kerana mereka sentiasa berjemaah walau ke mana sahaja mereka pergi. Setiap apa yang mereka lakukan, pasti mereka lakukannya secara berjemaah. Dan melalui jemaah inilah Allah SWT turunkan berkat, rahmat dan sakinah kepada setiap mereka. Pertolongan terus daripada Allah juga turun melalui jemaah.

Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer