warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

02096 37. Berlaku Perbezaan Pendapat





02096 37. Berlaku Perbezaan Pendapat



A. Kata tabiin RH,

“Di dunia ini akan timbul (sikap) berpuak-puak dan (juga) perbezaan pendapat, sehingga (akhirnya) muncul suatu tangan dan seruan dari langit yang menyeru, “Ketahuilah bahawa pemimpin kamu semua adalah si fulan (maksudnya ialah Imam Mahdi).”

Kejadian ini sudahpun lama berlaku di kalangan umat Islam. Sikap berpuak-puak dan saling menyalahkan antara satu dengan yang lain seakan-akan sudah mendarah daging di kalangan sekalian umat Islam. Jika tidak perkara-perkara kecil yang diperselisihkan, perkara-perkara besar akan turut diperselisihkan sama. Semua ini akan menyebabkan umat Islam berada dalam keadaan lemah dan terbiar kerana mereka putus daripada rahmat dan pertolongan Allah akibat daripada perselisihan yang berlaku dan sikap berpuak-puak yang diamalkan.

Sebenarnya, sikap berpuak-puak di kalangan umat Islam pada zaman ini disuburkan oleh orang-orang Yahudi. Umat Islam ditanamkan dengan perasaan memandang rendah terhadap golongan lain yang tidak sehaluan dengan kita walaupun mereka itu seagama dengan kita. Bermula dari perasaan memandang rendah terhadap umat Islam lain itulah yang menimbulkan sikap berpuak-puak pula, iaitu puak aku lebih baik daripada puak dia, Islam puak aku lebih baik daripada Islam puak dia dan begitulah seterusnya. Apa yang berlaku pada hari ini adalah merupakan satu kejayaan yang amat besar, gilang-gemilang dan tidak terhingga bagi orang-orang Yahudi dan jaringan gerakan Zionis mereka. Hanya Allah sahajalah yang mampu menyelamatkan kita daripada semua bentuk tipuan orang-orang Yahudi itu.


Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer