warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

02095 36. Pembunuhan Jemaah Haji





02095 36. Pembunuhan Jemaah Haji



A. Kata sahabat RA,

“Orang ramai pergi menunaikan haji. Mereka lalu berwukuf di Arafah tanpa seorang imam pun (yang memimpin mereka bersembahyang). Semasa di Mina, berlaku satu pemberontakan dan mereka (yang sedang berhaji) dibunuh di sana sehingga darahnya mengalir daripada (Jamratul) Aqabah. Mereka lalu meminta pertolongan daripada seorang yang dihormati. Mereka mendatanginya, yang ketika itu dia sedang menyandarkan mukanya di Kaabah sambil menangis. Mereka berkata kepadanya, “Ke marilah supaya kami (dapat) berbaiat kepadamu.” Dia menjawab, “Celaka kamu semua ini, berapa banyak perjanjian yang telah kamu cabuli dan berapa banyak darah (umat Islam) yang telah kamu alirkan?” Kemudian dengan terpaksa dia dibaiat. Jika kamu semua menemuinya, maka berbaiatlah kepadanya. Sesungguhnya dia adalah Al-Mahdi di bumi dan Al-Mahdi di langit.”

Asar ini adalah huraian sokongan atau pengulangan terhadap hadis-hadis dan asar-asar yang lain. Jelasnya, apabila berlaku pembunuhan jemaah haji di Mina dan mereka berwukuf di Arafah tanpa imam, maka itulah dua tanda akhir bahawa Imam Mahdi sudah amat hampir untuk dibaiat. Dan sepanjang sejarah umat Islam yang kita ketahui, kedua-dua peristiwa ini belum pernah terjadi lagi secara serentak. Apabila berlaku nanti, itulah dia saat Imam Mahdi akan muncul di kalangan kita. Maka perhatikanlah kedua-dua peristiwa besar itu.

Mengenangkan betapa ramainya jemaah haji yang akan mati itulah, pernah pada suatu masa dahulu, Ustaz Haji Ashaari bin Muhammad, mengarahkan para pengikutnya agar tidak pergi menunaikan ibadat haji pada tahun 1980-an untuk mengelakkan daripada termasuk ke dalam orang-orang yang akan dibunuh secara besar-besaran. Walaupun ramalan beliau tidak berlaku pada tahun itu, ini menunjukkan ketinggian kefahaman beliau terhadap hadis-hadis yang berkaitan dengan peristiwa akhir zaman, sedangkan pada ketika itu, tidak ada seorang pun ahli hadis atau sarjana yang ambil peduli terhadap kemungkinan kejadian yang tidak kita ingini itu daripada berlaku, terutama kepada ahli keluarga kita atau pengikut-pengikut kita yang kita sayangi.

Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer