warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

02091 32. Madinah al-Munawarah Hancur Rata





02091 32. Madinah al-Munawarah Hancur Rata



A. Kata sahabat RA,

“Sebelum al-Mahdi (keluar), di Madinah terjadi pertempuran yang mengakibatkan hancurnya kota Madinah itu. Darah yang mengalir darinya sampai ke kawasan Ahjarul Zait dan Maal Hirrah. Letak bandar itu lebih kurang 44 batu daripada Madinah. Kemudian al-Mahdi dibaiat (di luar Makkah).”

B. Kata Abu Hurairah RA,

“Akan berlaku pertempuran di Madinah yang menyebabkan batu-batunya dilitupi (darah), sehingga Al-Hirrah kelihatan kecil, bagaikan sebuah kampung terpencil. Kemudian penduduk Madinah keluar sejauh dua batu dari Madinah dan membaiat Al-Mahdi.”

C. Kata Abu Hurairah RA,

“Datang satu pasukan daripada Syam, mereka menyerang Madinah, membunuh seramai-ramainya, membelah perut perempuan (yang sedang hamil) dan berkata, “Dalam kandungan kamu ini, anak kamu (patut) dibunuh kerana ia anak yang jahat.” Semasa mereka sampai di Al-Baidak di Zulhulaifah, semuanya terbenam, tidak tertinggal yang di atas akan di bawahnya dan yang bawahnya akan atasnya (semua sekali askarnya terbenam).” Kata Abul Muhazam, “Semasa datang pasukan tentera Ibnu Daljah (menyerang Makkah), kami menyangkakannya dia (tentera yang dimaksudkan).” Jawabnya, “Bukan mereka.”

Musim haji berdarah itu rupa-rupanya bukan sahaja berlaku di kota suci Makkah, malah merebak dengan pantas ke kota suci Madinah. Sebelum Imam Mahdi muncul di Makkah, kota suci Madinah akan diserang oleh pasukan tentera di bawah pimpinan As-Sufyani. Penyerangan ini dilakukan selama tiga hari tiga malam, mereka membunuh, merampas dan bermaharaja lela sepanjang tempoh itu menyebabkan kota suci itu hancur rata dengan tanah dan jumlah kematian melebihi tiga perempat daripada jumlah keseluruhan penduduk dan jemaah haji yang sedang melakukan ziarah.

Tidak lama selepas pembunuhan besar-besaran itu, Imam Mahdi tiba dari Makkah ke Madinah, yang ketika itu sedang dalam perjalanan menuju ke Baitulmaqdis. Apabila penduduk Madinah yang masih tinggal itu mengetahui bahawa Imam Mahdi sedang melalui kota suci Madinah itu, mereka menyambutnya dengan meriah dan terus membaiat Imam Mahdi sebagai khalifah mereka. Kesan-kesan darah yang masih merah itu dapat dilihat di sana-sini di kota Madinah itu. Jalan-jalan dan dinding-dinding bangunannya terlihat kesan-kesan tompokan darah sedangkan pada ketika itu kota Madinah kelihatan hampir sunyi dan menjadi kota yang separuh mati. Tidak ada yang mendiaminya lagi, melainkan sedikit sahaja.

Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer