warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

02090 31. As-Sufyani Menyerang Kufah





02090 31. As-Sufyani Menyerang Kufah



A. Kata tabiin RH,

“As-Sakhra (maksudnya as-Sufyani) memasuki Kufah (dan menawannya), lalu ada berita yang sampai kepadanya mengenai kedatangan al-Mahdi. Dia lantas mengerahkan askarnya untuk menyerang al-Mahdi. Mereka kemudian ditelan bumi sehingga tidak ada yang terselamat melainkan seorang (yang di hadapan sekali) yang akan menyampaikan khabar (gembira) kepada al-Mahdi dan seorang lagi (yang paling belakang) yang akan meyampaikan berita (duka) buat as-Sufyani. Al-Mahdi kemudian meninggalkan Makkah dan as-Sufyani juga bertolak dari Kufah untuk sama-sama menuju ke Syam. Kedua-dua pemimpin ini saling berlumba untuk sampai lebih dahulu ke Syam tetapi as-Sufyanilah yang sampai lebih dahulu. Lantas al-Mahdi mengirimkan tenteranya untuk menyerang as-Sufyani. Kemudian as-Sufyani (tewas dan mengaku kalah lalu) berbaiat kepada al-Mahdi dan al-Mahdi terus pergi ke Baitulmaqdis lalu menetap di sana selama tiga tahun. Pada ketika itu juga Kalb bersama-sama askarnya keluar untuk membantu as-Sufyani, lalu bergerak dengan dibantu oleh pasukan-pasukan yang lain lagi sehingga mereka beristirahat di Yasan. Al-Mahdi dengan segera menyerang pasukan gabungan ini, dengan membawa bendera yang paling besar. Kalb dan isteri-isterinya melarikan diri, sehingga anak-anak gadisnya ditangkap dan dijual dengan harga (semurah) 8 dirham. Ketika itu juga as-Sufyani ditangkap dan disembelih seperti kambing yang disembelih, di atas batu besar yang membujur di atas tanah dekat gereja yang berada di lembah jurang, di hujung jalan bukit al-Qantarah di sebelah kanan.”

As-Sufyani itu dikatakan sebagai seorang yang kepala batu (As-Sakhra) kerana keengganannya tunduk kepada kekuasaan Islam. As-Sufyani yang dimaksudkan ini adalah pemimpin puak Syiah yang enggan mengakui kebenaran yang telah terang nyata di pihak Ahlus Sunnah. Dialah yang menakluk Kufah dan menawannya dengan tujuan dapat menghalang kebangkitan kuasa Islam yang dipimpin oleh Ahlus Sunnah itu. Akibatnya, pasukan tentera yang mahu menyerang Makkah ditelan oleh bumi. Yang terselamat hanyalah dua orang sahaja iaitu seorang yang di hadapan sekali dan seorang lagi adalah yang di belakang sekali. Salah seorang daripadanya meneruskan perjalanan menemui Imam Mahdi dan menyampaikan berita gembira ini dan seorang lagi berpatah balik lalu menyampaikan berita duka ini kepada pemimpin Syiah itu.

As-Sufyani ini akan diperangi oleh Imam Mahdi ketika dia mendahului sampai ke Damsyik. Setelah kalah dalam peperangan ini, As-Sufyani mengakui kepemimpinan Imam Mahdi, namun atas bantuan dan hasutan orang-orang kafir Eropah (Kalb) yang durjana itu, As-Sufyani cuba berpaling tadah. Imam Mahdi terpaksa memerangi puak-puak kafir Eropah yang bergabung tenaga itu di Yasan (Sepanyol). Dengan taktik peperangan yang hebat, pasukan Imam Mahdi berjaya memukul habis pasukan gabungan itu menyebabkan pasukan kafir tersebut punah ranah, segala harta bendanya berterabur ditinggalkan begitu sahaja, malah perempuan-perempuan yang dibawanya juga tidak sempat dibawa lari, tertawan lalu menjadi hamba abdi orang-orang Islam. Oleh kerana jumlah tawanan itu terlalu ramai, mereka dijual dengan harga yang semurah-murahnya.

Maksud perempuan (isteri dan anak gadis as-Sufyani) itu ada beberapa golongan. Antaranya ialah para penyanyi, peragawati (model) dan pelakon wanita yang digunakan untuk memerangkap kaum mukminin yang bakal memerangi mereka. Mereka ini tidak mampu menembus iman pasukan tentera yang amat mantap itu, malah mereka pula yang ditawan oleh pasukan Islam itu. Maksud kedua ialah negara-negara yang kaya dengan minyak dan sumber alam untuk membiayai perbelanjaan perang pasukan Eropah itu. Mereka ini turut gagal kerana setiap yang mereka belanjakan itu tidak memadai untuk menampung perbelanjaan perang pasukan Eropah yang menelan belanja yang amat besar itu.

Selepas peristiwa itu, Imam Mahdi terus mencari dan menangkap pemimpin puak Syiah itu kerana berpaling tadah setelah berbaiat sebelumnya. Kemudian pemimpin-pemimpin Syiah itu ditangkap beramai-ramai lalu dihukum bunuh di tebing Tasik Tibriyah dengan disaksikan oleh sekalian umat Islam di seluruh dunia. Itulah hukuman dalam Islam terhadap orang yang berpaling tadah kepada pemimpin mereka setelah mereka berbaiat sebelumnya kepada pemimpin tersebut. Kaedah ini tidak dipakai lagi oleh mana-mana parti politik yang katanya mereka memperjuangkan Islam pada hari ini.

Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer