warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

02087 28. Lagi Keterangan Mengenai As-Sufyani





02087 28. Lagi Keterangan Mengenai As-Sufyani



A. Disebutkan oleh Abul Husain Ahmad bin Jaafar bin Al-Munadi di dalam Kitabul Malahim,

“Adalah (pemimpin) yang terbenam tenteranya itu, katanya, namanya ialah Utbah bin Hind, iaitu salah seorang penduduk Damsyik. Dia berkata, “Wahai penduduk Damsyik! Aku adalah salah seorang daripada kamu dan kamu adalah pasti datang dari datukmu Muawiyah bin Abu Sufian, pemimpin kamu yang terdahulu. Berbuat baiklah kamu, semoga kamu akan dibalas baik (juga).” Disebutkannya dengan syarahan yang panjang sehingga disebutkannya nasabnya hingga kepada Al-Jurhumi, iaitu yang mengiringinya dari arah Syam. Maka datang seorang Al-Burqi yang berjalan dengan pantas, dan barang yang dilindungi olehnya, yang (berasal) dari Barat. Maka katanya, Telah datang seorang Jurhum yang membaiatnya, namanya ‘Uqail bin ‘Uqqal (Akal Pendek anak Si Akal Pintar). Kemudian datang seorang al-Burqi, namanya Hamam bin al-Wardi. Kemudian disebutkannya perjalanannya ke Mesir dan dibunuhnya rajanya, iaitu pembunuhan di Qantarah al-Farma atau sekitarnya selama tujuh hari. Penduduk Mesir turut membantunya sehingga mereka membunuh (sama) para cerdik pandainya seramai tujuh puluh ribu orang, sehingga amanlah negeri Mesir, lalu orang ramai pun membaiatnya.
Setelah itu dia pun balik semula ke Syam. Kemudian tersebut pula raja-raja yang terutama (lebih diutamakan) dari keturunan Arab di Hadramaut, dan seorang lelaki dari suku Khuzaah, seorang lelaki dari suku Abbas, dan seorang lelaki dari suku Saklabah. Dan disebutkan kejadian pelik (tentang) pasukan tentera yang terbenam iaitu terbenam mereka ke dalam tanah sehingga paras leher sahaja, tinggal kepala sahaja yang keluar. Tinggallah sahaja kuda-kuda mereka (yang tidak terbenam), harta benda mereka, beban-beban mereka, khazanah-khazanah mereka, alat-alat peperangan dan alat-alat pemusnah mereka yang tinggal terbiar, sehinggalah sampai keluar beritanya ke Makkah, (dibawa oleh seorang yang) bernama Muhammad bin Ali, dari anak cucu Hasan bin Ali. Maka dilipatkan baginya bumi ini sehingga sampai mereka di Al-Bidak pada hari (keempat) itu. Maka pasukan itu tenggelam badan mereka ke dalam tanah, hanya tinggal kepala sahaja yang keluar, sedangkan mereka itu (masih lagi) hidup. Mereka, iaitu sahabat al-Mahdi bersyukur kepada Allah, dan bertambahlah cinta mereka akan Makkah. Kemudian mereka berdoa kepada Allah, mensucikan-Nya dan memuji-Nya kerana baik balasan yang diberi kepada mereka. Mereka juga meminta agar disempurnakan nikmat dan kesejahteraan ke atas mereka. Maka ditunjukkan bumi (yang terbenam itu) pada masa itu yakni pasukan tentera As-Sufyani. Jadilah mereka itu sebaik-baik askar hal keadaan mereka terbiar dan dimusnahkan apa yang mereka biarkan. Dan disebutkan banyak lagi perkaranya… Allahlah yang lebih tahu akan kebenarannya.

Selain para sahabat RA dan para tabiin RH, para ulama salaf tidak ketinggalan memperkatakan tentang Imam Mahdi menurut ilmu kasyaf yang sampai kepada mereka. Setelah itu, mereka menurunkannya kepada anak-anak murid mereka akan berita-berita ghaib yang mereka peroleh itu, untuk tatapan dan pengetahuan mereka dan generasi yang akan datang. Bukanlah maknanya mereka boleh mengetahui perkara yang ghaib seperti tahunya Allah SWT akan perkara-perkara yang ghaib. Mereka hanya mengetahui perkara-perkara yang ghaib setelah diberitahu oleh Allah sama ada melalui para malaikat, ilham, nabi-nabi, wali-wali lain (yang telah mati atau yang masih hidup) atau secara terus dari Allah SWT, tanpa sebarang perantaraan.

 Perkhabaran di atas adalah termasuk dalam kategori kasyaf yang Allah singkapkan kepada beliau untuk diketahui dan disampaikan kepada para pengikutnya. Ilmu Allah SWT itu amatlah luas dan dalam, penuh pula dengan rahsia yang tidak terketahui oleh akal kita yang pendek dan pelupa ini. Mahu percaya atau tidak, terpulanglah kepada setiap individu untuk menentukannya. Antara yang disebutkan adalah tentang penggunaan kenderaan-kenderaan yang boleh bergerak pantas sehingga sebuah angkatan tentera boleh sampai ke tempat yang jauh hanya dalam jarak masa yang singkat. Dan pada hari ini, jarak yang sejauh itu tidak mustahil dapat dicapai oleh orang awam, yakni dengan menggunakan kenderaan yang boleh bergerak pantas.

Pada bahagian akhir petikan ini disebutkan bahawa Allah sahajalah yang Maha Mengetahui akan kebenaran apa yang disampaikannya itu. Hal ini amatlah disedari dan diakui sepenuhnya oleh sesiapa sahaja yang telah sampai kepadanya keupayaan menyelam ke dalam lautan ilmu Allah, sama ada yang berbentuk laduni atau kasyaf. Oleh kerana ilmu Allah itu amatlah luasnya, pemahaman yang amat tepat semasa menghuraikannya amatlah perlu. Tidak jarang terjadi, lain pemahaman yang diperolehnya itu, lain pula maksud tulisannya daripada apa yang difahamnya tadi. Dan lazimnya tulisan dari apa-apa ilmu yang difahamnya itu tersalah secara yang amat tidak sengaja, bergantung penuh kepada kebergantungan hatinya kepada Allah SWT dan kekuatan imannya pada ketika itu.


Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer