warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

02081 22. As-Sufyani dan Bala Tenteranya Menyerang Imam Mahdi





02081 22. As-Sufyani dan Bala Tenteranya Menyerang Imam Mahdi



A. Sabda Nabi SAW,

“Sebelum (munculnya) al-Mahdi, as-Sufyani akan muncul bersama-sama 360 pasukan (tentera) berkuda, kemudian dengan diiringi oleh 30,000 (tentera) yang dipimpin oleh Kalb, iaitu bapa saudaranya. As-Sufyani kemudian mengerahkan askarnya ke Iraq. Dalam serangan ini, 100,000 orang terbunuh di Zaurak, iaitu suatu kota di Timur. Setelah itu, mereka menyerbu Kufah. Lantas (ketika itu) muncullah Panji-panji (Hitam) dari Timur. Yang memegang benderanya ialah seorang Pemuda dari Bani Tamim yang digelarkan Syuaib bin Saleh. Dia (at-Tamimi itu) kemudian menyerang sekelompok tawanan daripada penduduk Kufah dan membunuh semuanya. Setelah itu as-Sufyani mengerahkan sebahagian tenteranya (pergi menyerang) Madinah. Mereka terus menyerang Madinah selama tiga hari lalu menuju ke Makkah. Ketika mereka sampai di al-Baidak, Allah memerintahkan Jibril supaya menghentakkan kakinya dengan sekali hentakan, yang mana dengan hentakan itu, mereka jadi terbenam ke dalam bumi sehingga tidak berbaki melainkan dua orang yang kemudian menyampaikan (perihal) peristiwa tersebut kepada as-Sufyani. Tetapi as-Sufyani tidak menghiraukannya. Lalu dia mengirimkan dua orang (keturunan) Parsi untuk meminta bantuan (kerajaan Romawi) menaklukkan Kostantinopel. Oleh raja Romawi, permintaannya ini segera dikabulkan (lalu dihantar pasukan tentera yang ramai untuk membantu). Tetapi ketika kedua-dua orang (utusan) ini sampai di pintu gerbang Damsyik, mereka dibunuh orang. Selain itu, as-Sufyani juga membunuh orang yang mengingkari dirinya, bahawa ada seorang perempuan duduk-duduk di atas pahanya di pintu gerbang di Damsyik. Ketika itulah terdengar satu seruan dari langit, “Wahai (sekalian) manusia, sesungguhnya Allah telah membinasakan orang-orang yang zalim, orang-orang munafik dan sekutu-sekutu mereka. Allah telah mengangkat seorang yang terbaik dari umat Muhammad SAW sebagai pemimpin kamu semua. Oleh itu, sambutlah dia di Makkah. Dia adalah al-Mahdi yang bernama Ahmad bin Abdullah.”
Lalu ada satu pertanyaan kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah kami dapat mengenalinya?” Jawab baginda, “Dia adalah dari keturunanku, iaitu perawakannya seakan-akan Bani Israel, kulitnya kemerah-merahan seolah-olah wajahnya bercahaya laksana bintang, pipi kanannya bertahi lalat hitam (yang hidup). Dia tampan orangnya, berusia 40 tahun. Dia akan didatangi oleh Wali-wali Abdal dari Syam, Wali-wali Nujabak dari Mesir, Asoib dari Timur dan pengikut-pengikutnya. Mereka kemudian pergi ke Makkah bersama-sama, lantas (setelah membaiat Imam Mahdi) berangkat (pula) ke Syam. Waktu itu, Jibril berada di depannya dan Mikail berada di belakangnya. Penghuni langit, penduduk bumi, burung-burung, binatang buas dan ikan-ikan di laut semuanya suka/redha kepadanya. Air menjadi mudah (didapati) di mana-mana negeri pun yang dikuasainya, sungai-sungainya mengalir (deras dan banyak), harta karun (melimpah ruah dan) mudah didapati. Dia lantas pergi ke Syam dan menyembelih as-Sufyani di bawah pokok yang dahan-dahannya (menjulur) sampai ke Laut Tibriyah.”

B. Sabda Nabi SAW,

"Seorang lelaki bernama As-Sufyani akan datang dari tengah kota Damsyik. Kebanyakan tenteranya adalah dari Bani Kalb. Dia akan membunuh (ramai orang) sehingga memperkosa wanita dan membunuh kanak-kanak. Maka datanglah suatu kaum dari Qais lalu membunuh mereka semuanya. Kemudian keluarlah seorang lelaki dari ahli keluargaku di Al-Hirrah dan berita itu sampai kepada As-Sufyani. Dia segera menghantar pasukan tenteranya tetapi menderita kekalahan (teruk). As-Sufyani bangun memimpin sendiri pasukan tenteranya sehingga mereka sampai di kawasan gurun lalu ditelan oleh bumi.”

Hadis tersebut menyatakan bahawa sebelum Imam Mahdi muncul, as-Sufyani akan muncul dan berkuasa terlebih dahulu. Tempatnya disebutkan sebagai tengah kota Damsyik, mempunyai angkatan tentera yang besar dan kuat. As-Sufyani yang dimaksudkan itu adalah Amerika Syarikat, manakala Kalb (bapa saudara as-Sufyani) yang dimaksudkan adalah Nato iaitu kuasa pakatan tentera Eropah Barat. Kekuatan tentera Kalb dan as-Sufyani digambarkan sebagai memiliki tiga ratus enam puluh pasukan berkuda. Jumlah itu sebenarnya adalah gambaran sahaja, untuk menunjukkan betapa kuat dan besarnya angkatan tentera berkenaan.

Pasukan berkuda yang dikatakan itu adalah kelengkapan ketenteraan yang terbaik dan tercanggih yang dimiliki oleh Amerika Syarikat dan Nato. Pada zaman dahulu, memiliki pasukan berkuda adalah kelengkapan ketenteraan yang terbaik, dan pada masa ini, kelengkapan berkuda itu digantikan oleh jet-jet pejuang, kereta kebal, kapal perang terbesar, kapal selam, peluru berpandu jarak jauh, persenjataan termoden dan seterusnya. Itulah kias bagi tentera berkuda yang dimaksudkan oleh hadis berkenaan.

Pasukan tentera as-Sufyani ini menyerang Iraq, menyebabkan seramai seratus ribu orang terbunuh, kebanyakannya orang awam. Hadis ini tidak menyebutkan tentera yang mati. Angka seratus ribu orang itu hanyalah kiasan sahaja untuk menunjukkan jumlah yang sangat ramai, bukannya mesti tepat-tepat seratus ribu orang. Selain itu, dalam serangan ke atas Iraq ini, as-Sufyani dibantu dan dipimpin oleh Kalb yang menghantar sejumlah tiga puluh ribu orang tentera. Hadis ini telah benar-benar terjadi kerana memang Iraq telah benar-benar diserang oleh Amerika Syarikat dan dibantu oleh sekutu Eropahnya.

Setelah itu mereka menyerang Kufah pula iaitu negara-negara di Asia Tenggara. Kali ini serangan mereka bukan lagi menggunakan tentera tetapi menggunakan kekuatan ekonomi. Maka pada ketika itulah Pemuda Bani Tamim muncul dan mendapat kuasa di Timur yang baru diserang itu. Hal ini sangatlah mengejutkan Amerika Syarikat itu sendiri dan juga Eropah, terutamanya Britain dan Perancis. Britain dan Perancis adalah dua buah negara yang paling kuat menentang kebangkitan semula Islam serta paling takutkan kekuasaan Islam berkembang di dunia ini. Kedua-duanya paling banyak melaburkan kewangan untuk mengkaji, merisik kekuatan, mengintai dan mencari jalan melemahkan terus umat Islam. Mereka juga berusaha keras agar kebenaran hadis-hadis mengenai kejadian akhir zaman ini tidak berlaku.

Apabila Pemuda Bani Tamim muncul, maka muncul jugalah ketika itu as-Sufyani kedua atau as-Sufyani kecil iaitu pemimpin puak Syiah. Mereka ini menentang Pemuda Bani Tamim kerana mereka juga mempunyai Imam Mahdi mereka sendiri, selain mempunyai hadis yang menceritakan kebangkitan Panji-panji Hitam. Oleh kerana yang bangkit itu adalah Panji-panji Hitam milik puak Ahlus Sunnah, mereka menentangnya kerana nyata bukan dari kalangan mazhab mereka yang Syiah itu. Mustahil pemilik Panji-panji Hitam yang Ahlus Sunnah itu akan menyerahkan panji-panji keramat itu kepada Imam Mahdi Syiah yang sudah pasti tidak akan muncul.

Mereka inilah yang akan mengetuai sendiri pasukan tentera yang berkelengkapan besar itu untuk menyerang kota suci Madinah. Tentera Syiah ini akan mendapat bantuan daripada tentera Eropah, bergabung menjadi satu pasukan yang lebih besar lagi. Pasukan ini akan menghancurkan kota suci Madinah dalam masa tiga hari sahaja sehingga menjadi rata dan yang tinggal hanyalah bekas-bekas bangunan yang runtuh. Masjid Nabawi yang amat mulia itu juga turut hancur dan tinggal sejarah sahaja. Itulah huraian bagi maksud dua buah hadis yang amat bertentangan sekali lafaz zahirnya. Dan tidak dinafikan, kerana pertentangan maksud zahir inilah, maka dengan mudah sahaja salah satu atau kedua-dua buah hadis ini terus sahaja dihukumkan maudhuk atau amat dhaif oleh beberapa ramai ulama dan pengkaji yang tidak begitu teliti dalam kajian mereka.

Semasa itu juga akan terdengar suara dari langit yang memberitahu tentang kemunculan Imam Mahdi di Makkah. Suara malaikat itu dapat didengar oleh semua orang dengan jelas, dapat difahami oleh setiap manusia, menurut bahasa masing-masing, sehingga yang sedang tidur akan terjaga, yang terlena akan turut mendengarnya. Suara itu terdengar seperti dekat dengan telinga mereka. Mereka saling bertanya kepada orang yang di sebelahnya sama ada turut mendengar apa yang dia dengar itu atau tidak. Yang tinggal di Malaysia akan bertanya kepada rakannya yang tinggal di Indonesia mengenai hal yang sama, begitu juga yang tinggal di negara-negara lain.

Hadis ini juga memberitahu tentang golongan pembantu Imam Mahdi. Hal ini rasanya tidak perlulah disebutkan panjang lebar dalam bahagian ini kerana akan disentuh dalam bab yang khusus untuk itu dalam bahagian yang akan datang. Oleh itu, untuk mendapatkan keterangan lanjut tentang hal itu, lihatlah bahagian-bahagian seterusnya dalam bab yang akan datang.


Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

Sufyani Syrian National Coalition SNC

Bila Imam Mahdi dibaiat oleh 314 orang laki-laki dan perempuan di antara rukun yamani dan maqom Ibrohim, maka akan ada pasukan Sufyani yang berasal dari Syam untuk menangkap dan membunuh Imam Mahdi. Pasukan itu memiliki ciri-ciri sebagai sebagai berikut? 1) Pasukan ini dipimpin oleh Sufyani Leader Syrian National Coalition SNC yang segala tindakannya sewenang-wenang. Ia sangat membenci keluarga Ahlul Bait, sangat mendendam dan pasukan ini menghancurkan masjid-masjid, merubuhkan madrasah, membunuh yang bernama Muhamad, Fatimah, Hasan dan Husein. Apakah Daulah Islam ISIS berbuat demikian?Silakan jawab... 2) Panji Pasukan Syrian National Coalition SNC itu berwarna biru seperti birunya bendera Israil. Apakah bendera Daulah Islam ISIS berwarna biru?Silakan jawab 3) Anggota pasukan Sufyani Syrian National Coalition SNC itu membunuh 100.000 muslim di Zaura (Baghdad) dan 70.000 muslim di Kufah. Apakah Daulah Islam ISIS berbuat demikian?Silakan Jawab... 4) Sufyani leader Syrian National Coalition SNC berganti-ganti menyetubuhi wanita-wanita. Bila ia bosan, maka ia lemparkan perempuan tersebut kepada anggota pasukannya. Dan mereka memperkosanya ramai-ramai. Apakah Abu Bakr Al-Baghdadi dan pasukannya berbuat demikian? Silakan jawab 5) Sufyani Syrian National Coalition bersekutu dengan Amerika dan Israil. Mereka adalah benteng terdepan Amerika dan Israil saat memerangi pasukan Imam Mahdi. Apakah Daulah Islam ISIS demikian?atau sebaliknya Daulah Islam ISIS yang mempersiapkan pemerintahan Imam Mahdi? Silakan jawab 6) Sufyani Syrian National Coalition SNC muncul di bulan Rojab 1436H atau sekitar akhir April 2015 tepat 6 bulan sebelum Imam Mahdi dibaiat. Sudah berapa tahun ISIS berkuasa namun Imam Mahdi tak kunjung datang? Silakan jawab 7) Sufyani pertama dan Amerika memproklamirkan kekuasaan Syrian National Coalition SNC di lembah kering Wadil Yabis, kota Tal Harra, propinsi Daraa, 115 KM barat Damaskus, Jordania. Dimana ISIS pertama kali memproklamirkan gerakannya? Silakan jawab 8) Daulah Islam ISIS mendirikan mahkamah syariah, menunjuk hakim syariah, mengangkat wali di setiap kota, membangun khilafah, menerbitkan uang dinar emas ala Rosulullah, menghapus uang kertas riba fadhl, menghapus riba (bunga) dan semua lembaga keuangannya, menggantinya dengan sytem keuangan Islam, melindungi umat Islam di Suriah dari tangan zalim Bashor Al-Assad dan berusaha mempersiapkan pemerintahannya Imam Mahdi. Perbuatan jahat Sufyani ada di No. 3 dan 4 di atas. Silakan bandingkan dan jawablah sendiri. Rosdc

baik meraka itu komunis, dr

baik meraka itu komunis, dr puak kapitalis ,syiah dan juga zionis mereka sebenarnya adalah "bersaudara" . Persaudaraan mereka di rahsiakan atas sbb2 tertentu utk memperlihatkan kpd dunia bahawa mereka tidak pernah sebulu. Matlamat mereka satu iaitu memusnahkan Islam ( ahlul sunnah wal jamaah ) . Islam semakin terkepung dgn musuh2 Islam yg berada di sekelilingnya .. Al Mahdi akan keluar dlm masa yg terdekat insya Allah ..

Memahami Hadits ini dengan Akal yang Terbatas

Assalamualaikum,

Menurut saya sekarang ini belum jelas siapa As-Syufaini. Bisa saja dari pendukung atau pembela Assad. Apa yang terjadi di Syria ini baru sekedar memanaskan wajan? Kekuatan kedua belah pihak masih 50:50. Dan keduanya juga didukung bangsa kulit putih yang membenci Islam: Amerika dan Eropa di pihak penentang Assad, Rusia dan China di pihak pendukung Assad. Mungkin Allah sengaja mengadu musuh-musuhnya agar umat Islam yang benar pendukung Imam Mahdi gampang mengalahkan mereka semua. Kita lihat siapa yang menang perang lalu mengumpulkan pasukan menyerang Madinah?

Btw, kabarnya Syaikh Abu Sufyan al-Azdi (Said Ali al-Shihri) sudah wafat ditembak drone AS.

eksistensi keturunan rasulullah saw

Keturunan sufyani akan membunuh keturunan rasulullah saw. Bukti sederhana kebencian pembela sufyani di Indonesia adalah bagaimana ustadz yazid abdulqadir jawaz menghina Dan membenci hahaib keturunan rasulullah saw. Kebencian dark keturunan sufyani sudah San at mendarah daging terhadap keturunan rasulullah saw. Namun, rasulullah saw melalui sabdanya memastikan bahwa kepemimpinan keturunannya yaitu imam Mahdi as yg a an mensejahterakan alam.
Sufyani sepertinya identik dengan sekte wahabi yg San at berani membunuh atau mengebom saudara Muslim yg berbeda sekte dengan wahabi.

syiah adalah varian islam

syiah adalah varian islam yang banyak dipengaruhi oleh Yahudi israel. Meski begitu karena baju luar syiah adalah "islam" maka tak mungkin syiah atau iran akan "berdamai" dengan israel. Iran memusuhi israel karena iran syiah sudah mempunyai identitas baru baju islam berjiwa campuran yahudi. Iran dan israel bermusuhan memang benar tapi dalam konteks ekonomi. Iran tak mungkin sepenuhnya memusuhi Yahudi israel karena ajaran mereka memang banyak terpengaruh Yahudi. Iran akan melawan yahudi karena iran sudah bisa memisahkan diri dari AJARAN Yahudi dengan warna dan bbentuk baru. Bagaimanapun Iran akan menjaga jiwa Keyahudiaan dalam wajah islam mereka. Dan kalau israel yang sekarang hancur maka Iran akan didukung Yahudi yang sekarang sangat banyak di Iran dan diperlakukan dengan baik di Iran. Dan Yahudi ini yang akan mendukung Dajjal yang akan muncul dari Khurasan atau Isfahan, Iran bermusuhan dengan Israel kerena Israel memandang Iran sebagai bahaya. Namun jika Israel sudah hancur maka yAHUDI di Iran akan sepenuhnya mendukung Syiah. Wallahu alam.

ceritamu lucu syiah

dongeng 1001 malam yang lucu gan..wkwkwjwkwk

Peringatan Akhir Zaman

PESANAN DARI MUSAFIR HINA.....

Wahai saudara islam ku semua,ingat lah ISLAM ADALAH SATU. Walaupun ISLAM ITU SATU tetapi kita semua kena ingat Junjungan kita MUHAMMAD BIN ABDULLAH RASULULLAH telah berpesan: Sesunguhnya ISLAM akan berpecah kepada 73 puak.Daripada 73 itu hanya 1 sahaja yang diterima oleh ALLAH.Satu puak yang diterimapun masih di bahagi kan kepada tiga GOLONGAN. 1)golongan ini kena hisab 2) golongan ini kena azab 3) golongan ini tampa hisab dan tampa azab. ketiga tiga golongan ini ISLAM nya di terima oleh ALLAH.Kenapa kah golongan ini diterima ALLAH?.......................... Wahai saudara ku semua,jangan lah selalu mencari kesalahan orang lain dan cari lah kesalahan diri sendiri.
Saudara saudara ku semua, Aku berpesan kepada diri ku dan kelian semuat terimalah ISLAM dan SUNNAH RASULULLAH (MUHAMMAH BIN ABDULLAH) secara keseluruhannya serta cuba amal kan sifat safit ini didalam kehidupan harian.
1)Sifat BENAR.
2)Sifat AMANAH.
3)Sifat MENYAMPAI.
4)Sifat BIJAKSANA.
Empat sifat ini hendaklan MENGIKUT kehendak ALLAH DAN RASULULLAH.

Saudarku semua ingat lah dan cari lah GURU yang Benar2 mengerti akan agama ISLAM kita yang SUCI ini.

peringatan pada akhir zaman

dari 78 golongan itu pasti semua mengaku dia/kelompoknya yg paling benar sampai mengkafirkan sesama muslim.bid'ah sesat. la gitu ya tdk mungkin bersatu. ya kan....

Kelompoksufyani ituadalahAl

Kelompoksufyani ituadalahAl Qaida, Salahseorang pemimpinnya adalah Syaikh Abu Sufyan al-Azdi (Said Ali al-Shihri) naib (wakil) dari Amir Al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP,dia sekarang bergerak di Yaman dan mantan penghuni penjara Guantanamo.

sufyani itu adalah Al Qaida,

sufyani itu adalah Al Qaida, salahseorang pimpinannya adalah Syaikh Abu Sufyan (Wakil Amir AQAP):

Bani Tamim itu Keluarga Saud

Semua juga tau kalau Bani Tamim itu adalah nenek Moyang Bani Saud.Muhammad Bin Abdul Wahhab adalah keturunan Bani Tamim..

Ada juga yang menyatakan bani

Ada juga yang menyatakan bani saud itu dari keturunan Yahudi: http://www.akhirzaman.info/islam/saudi-dan-wahhabi/74-saudhouse.html

Dalam hadis yg dibincang,

Dalam hadis yg dibincang, jelas nabi menyebut nama Sufyani dari Syam (Syria skrg) yg akan memerangi imam mahdi. Nama bani tamim (shuaib bin salleh) juga disebut. Juga disebut dua org keturunanfarsi.

Tetapi dlm menghuraikan hadis itu, penulis menyebut syiah akan memerangi imam mahdi. Saya berpendapat huraian yg mengaitkan syiah sudah keluar dari kontek hadis yg dibincangkan. Kalau dikaitkan dgn realiti yg berlaku di Syria, yg minta bantuan dgn barat ialah penentang Assad dan bukannya Iran. Saya seperti sudah mendapat jawapan dari matan hadis itu (bukan sarah kpd hadis yg dibuat oleh penuliis) bahawa memang Sufyani itu sebahagian dari kalangan penentang Assad.

Dakwaan syiah yg akan memerangi imam mahdi tidak disebut dlm hadis. Perkataan syiah langsung tidak disebut dlm hadis. Mungkin keturunan farsi cuba dikaitkan dgn syiah. itu pd pendapat saya adalah terkaan sahaja yg tidak ada hujjah dlm nas hadis yg dibahad

Pembahasan yg cukup menarik

Pembahasan yg cukup menarik dan buat penasaran sekaligos agak membingungkan,
jika dilihat dari keadaan sekarang,

"Tentera Syiah ini akan mendapat bantuan daripada tentera Eropah, bergabung menjadi satu pasukan yang lebih besar lagi"

Bukankah berbanding terbalik dgn keadaan sekarang? amerika dan nato ("as sufyani") sangat ingin menghancurkan Syiah (jika tdk salah mayoritas ada dinegeri Iran dan sebagian di Irak), bukankah sebagian bangsa arab (semisal Arab Saudi, Bahrain, Qatar, Kuwait, UEA) yg sekarang sedang membantu "as sufyani" dgn menyediakan pangkalan militer dan segala kebutuhan militernya?

Lalu bagaimana jika kite bandingkan dgn soal diatas? mudah-mudahan ada jawaban yang buat kite puas...

Saat ini memang nampak Iran

Saat ini memang nampak Iran dimusuhi oleh Amerika. Negara-negara Eropa tidak terlalu bermusuhan dengan Iran. Namun semua ini bisa saja berubah jika tiba-tiba muncul Imam al Mahdi. Mari kita tunggu perkembangan selanjutnya di Timur Tengah.

Iran yg berlawan dgn AS & EU

Iran konsisten berkonfrantasi dgn AS & Sekutu sejak 30 tahun revolusi islam iran. Tidak logik Iran yg akan memohon bantuan dgn barat. Yg sedang menerima bantuan barat di Syria sekarang ialah pihak penentang u Assad. Lebih logik Al-Sufyani dari kalangn penentang Assad dan bukannya Iran yg (syiah) iti.

dalam politik yang ada adalah

dalam politik yang ada adalah "kepentingan abadi (egois) dan tidak ada lawan sejati". Dulu musuh sekarang kawan besok musuh lagi itu sudah biasa. Contoh kecil adalah koalisi partai dalam negara. Untuk Iran, negara ini pernah bekerja sama dengan amerika menhyerang taliban di afganistan. Bukankah taliban (sewaktu faksi mujahidin) dulu pernah bekerja sama dengan amerika melawan uni soviaet. Iran sangat mungkin bekerja sama dengan siapaun negara yang pernah jadi musuhnya dan sangat bisa menjadi musuh dari negara yang pernah jdi sekutunya jika memang "diperlukan". Kenapa? karena kebanyakan negara di jaman sekarang adalah berbentuk republik yang dipimpin presiden yang mudah berganti orang. kebijakan presiden presiden dari suatu negara sangat bisa saling bertentangan karena kepentingan dan latar belakang situasi yang berbeda. menurut saya cara yang paling selamat untuk memahami kehidupan ini adalah dengan mengedapnkan Alquran dan hadits.

dalam politik yang ada adalah

dalam politik yang ada adalah "kepentingan abadi (egois) dan tidak ada lawan sejati". Dulu musuh sekarang kawan besok musuh lagi itu sudah biasa. Contoh kecil adalah koalisi partai dalam negara. Untuk Iran, negara ini pernah bekerja sama dengan amerika menhyerang taliban di afganistan. Bukankah taliban (sewaktu faksi mujahidin) dulu pernah bekerja sama dengan amerika melawan uni soviaet. Iran sangat mungkin bekerja sama dengan siapaun negara yang pernah jadi musuhnya dan sangat bisa menjadi musuh dari negara yang pernah jdi sekutunya jika memang "diperlukan". Kenapa? karena kebanyakan negara di jaman sekarang adalah berbentuk republik yang dipimpin presiden yang mudah berganti orang. kebijakan presiden presiden dari suatu negara sangat bisa saling bertentangan karena kepentingan dan latar belakang situasi yang berbeda. menurut saya cara yang paling selamat untuk memahami kehidupan ini adalah dengan mengedapnkan Alquran dan hadits.

dalam politik yang ada adalah

dalam politik yang ada adalah "kepentingan abadi (egois) dan tidak ada lawan sejati". Dulu musuh sekarang kawan besok musuh lagi itu sudah biasa. Contoh kecil adalah koalisi partai dalam negara. Untuk Iran, negara ini pernah bekerja sama dengan amerika menhyerang taliban di afganistan. Bukankah taliban (sewaktu faksi mujahidin) dulu pernah bekerja sama dengan amerika melawan uni soviaet. Iran sangat mungkin bekerja sama dengan siapaun negara yang pernah jadi musuhnya dan sangat bisa menjadi musuh dari negara yang pernah jdi sekutunya jika memang "diperlukan". Kenapa? karena kebanyakan negara di jaman sekarang adalah berbentuk republik yang dipimpin presiden yang mudah berganti orang. kebijakan presiden presiden dari suatu negara sangat bisa saling bertentangan karena kepentingan dan latar belakang situasi yang berbeda. menurut saya cara yang paling selamat untuk memahami kehidupan ini adalah dengan mengedapnkan Alquran dan hadits.

Syiah adalah musuh kita.Iran

Syiah adalah musuh kita.Iran adalah musuh kita.walaupun mereka kelihatan konsisten berkonfrontasi dengan US,jangan kita lupa tentera dajjal sebanyak 70000 orang yahudi akan keluar dari isfahan.DI mana lagi isfahan itu jikalau bukan dari iran.Konfrontasi iran dan US adalah drama wayang politik semata2

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer