warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

02077 18. Tapak Daulah Imam Mahdi Adalah di Timur





02077 18. Tapak Daulah Imam Mahdi Adalah di Timur



A. Dari Abdullah bin Al-Haris RA katanya Nabi SAW bersabda,

“Akan ada orang-orang yang keluar dari sebelah Timur, lalu mereka mempersiapkan segala urusan untuk al-Mahdi, yakni pemerintahannya.”            (Ibnu Majah & At-Tabrani)

Hadis ini sungguhpun pendek sahaja dari segi matannya, sebenarnya mempunyai beberapa tafsiran dan huraian yang luas dan panjang. Penulis ringkaskan beberapa maksud sahaja, iaitu yang penting-penting daripadanya.

  1. Orang-orang yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah golongan Ikhwan dan Asoib, tidak lain dan tidak bukan. Hanya golongan ini sahaja yang bersungguh-sungguh berjuang untuk menegakkan pemerintahan yang akan diserahkan kepada Imam Mahdi. Kumpulan-kumpulan lain tidak akan berjuang menegakkan pusat pemerintahan untuk Imam Mahdi kerana masing-masing sama ada berjuang untuk kepentingan sendiri, atau berjuang tidak di tempat yang tepat, atau berjuang tidak menggunakan uslub yang sebenar seperti yang digunakan pada zaman Nabi SAW, atau berjuang tidak pada masa yang sesuai, atau berjuang tidak dipimpin oleh pemimpin yang sebenar yang ditunjuk oleh Allah SWT untuk zaman itu.
  2. Semua pembangun dan pembina pusat pemerintahan Imam Mahdi itu adalah orang-orang Timur iaitu bangsa yang memang menetap di Timur, yang memeluk agama Islam secara umumnya, mengamalkan ajaran Islam lebih baik daripada bangsa-bangsa lain. Dari kalangan merekalah keluarnya Ikhwan ini dan dari kalangan merekalah juga akan munculnya kebanyakan daripada golongan Asoib. Maknanya, bangsa Timur itulah yang menjadi peneraju utama kebangkitan semula Islam kali kedua ini, sama seperti bangsa Arab yang menjadi peneraju kebangkitan Islam kali pertama dahulu.
  3. Mereka datang dari sebelah Timur. Maksud Timur sudah dijelaskan dalam bab-bab sebelum ini. Maka tidak perlu diperpanjangkan lagi penjelasannya di sini.
  4. Mereka ini mempersiapkan segala urusan untuk Imam Mahdi. Segala urusan yang dimaksudkan adalah dari semua segi, yang termampu kita fikirkan dan tidak termampu kita fikirkan. Hanya golongan Ikhwan dan Asoib ini sahaja yang benar-benar memahami apa maksud segala urusan itu. Ini dikeranakan mereka mendapat didikan dan tarbiah secara langsung daripada Pemuda Bani Tamim, pemimpin sejati mereka. Keadaan ini samalah seperti para Sahabat RA di Madinah yang mempersiapkan segala urusan pemerintahan untuk diserahkan kepada Rasulullah SAW. Apabila Rasulullah SAW tiba di Madinah, segala-galanya sudah siap sedia dan baginda SAW hanya perlu mentadbirnya sahaja.
  5. Semua urusan ini ketuanya tidak lain dan tidak bukan adalah Pemuda Bani Tamim sendiri. Beliaulah yang benar-benar memahami segala selok-belok yang dikehendaki dalam perjuangan menegakkan pemerintahan untuk Imam Mahdi itu. Orang lain tidak akan dapat memahaminya dengan baik, walau setinggi mana pun ilmu mereka atau sebanyak mana pun pengalaman mereka. Jika mereka berkumpul beramai-ramai dan berpakat untuk menegakkan pemerintahan untuk Imam Mahdi sekali pun, pasti tidak akan tercapai dan tetap akan tersasar dari sasaran kerana mereka tidak mendapat panduan sebenar dalam hal ini. Hanya Pemuda Bani Tamim seorang sahaja yang boleh melakukan semua ini, dengan tepat dan benar, sesuai dengan apa yang dikehendaki oleh hadis-hadis Rasulullah SAW.
  6. Imam Mahdi itu sungguhpun muncul dan dibaiat di Makkah, pusat pemerintahannya adalah di Timur kerana hal ini sudah dijelaskan oleh hadis ini. Disebutkan bahawa pusat pemerintahan Imam Mahdi adalah di Timur, iaitu di tempat berkumpulnya para Ikhwan. Jadi, hadis lain yang menyatakan pusat pemerintahan Imam Mahdi adalah di Syam, sebenarnya dimaksudkan di Timur ini untuk menyesuaikannya dengan kehendak hadis ini, bukan lagi Syam yang dekat Syria sana.


Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

coba deh pakai referensi

coba deh pakai referensi tambahan dari agama lain atau sumber lain, karena saling menguatkan dan memperincikan dari sumber hadits yang masih umum atau samar...

semua agama dan kepercayaan meramalkan kedatangan pemuda bani tamim, tapi mereka sembunyikan lebih rapi daripada kisah Imam Mahdi...
antara pemuda bani tamim dan al mahdi ada interval waktu vakum, dan ini tidak ada penjelasan dalam hadits, hadis shahih dari nabi saw cuma mengatakan bahwa sebelum al mahdi tidak ada keadilan, dan inilah masa vakum, padahal ilmu pemuda bani tamim itu dalam sumber agama budha dia akan menjadi raja dunia juga....tapi dalam bentuk samar atau umum belum memerincikan dalam kerangka yang seperti dalam gambaran daulah imam mahdi...ah...gimana cuba....andai umat Islam mau mempelajari berbagai sumber dan tidak terpaku pada satu sumber ISlam saja maka tentu saja tidak perlu ada permusuhan dan curiga...sungguh terlalu hehehe...

pemuda bani tamim tidak membawa misi Islam saja, tapi dunia dan seluruh pemeluk agama dan kepercayaan yang merindukan kedatangannya...
sungguh tidak adil kalau pemuda bani tamim mencampakkan mereka yang merindukan dan mengabarkan kedatangannya dalam berbagai semangat karya mereka.....
ya kurang lebih begitulah hehe....

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer