warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

02072 13. Pemuda Bani Tamim Sentiasa Dibantu oleh Allah





02072 13. Pemuda Bani Tamim Sentiasa Dibantu oleh Allah



A. Daripada al-Hasan Al-Basri RH katanya,

Bahawa Nabi SAW menyebut bala yang akan menimpa kaum keluarganya, “Hinggalah Allah mengutuskan Panji-panji Hitam dari Timur. Sesiapa yang menolongnya akan ditolong pula oleh Allah. Sesiapa yang menghinanya akan dihinakan pula oleh Allah, hinggalah mereka mendatangi seorang lelaki yang namanya seperti nama aku. Mereka pun melantiknya memimpin mereka, maka Allah pun membantu dan menolongnya.”       (Nuaim bin Hammad)

Hadis mursal ini menjelaskan bahawa Pemuda Bani Tamim itu mempunyai beberapa ciri utama, yang antaranya adalah sebagai pembawa Panji-panji Hitam kepunyaan Rasulullah SAW. Kelebihan seterusnya ialah beliau adalah seorang yang digelar Al-Mansur (Orang yang Dibantu oleh Allah) dan sesiapa yang membantunya akan turut dibantu oleh Allah. Kelebihan yang kedua ini adalah keramat beliau yang amat besar kerana dapat membantu orang yang membantunya menegakkan semula agama Islam.

Hadis mursal ini juga memberi amaran yang cukup jelas dan tegas kepada sesiapa sahaja, sama ada yang Islam atau yang kafir agar jangan cuba-cuba mengganggu atau menghalang sebarang usaha Pemuda Bani Tamim daripada membina tapak daulah Imam Mahdi itu. Namun sudah ditakdirkan juga oleh Allah SWT bahawa usahanya yang begitu murni dan baik itu tetap akan ada penghalangnya. Dan terbukti pula hadis ini benar dari segi matannya kerana setiap orang yang telah menentang Pemuda Bani Tamim akan menerima balasan yang amat setimpal dengan perbuatan mereka itu, di dunia ini lagi, kerana itulah yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW di dalam hadisnya. Matan hadis yang berbunyi sesiapa yang menghinanya akan dihinakan pula oleh Allah bermaksud mereka yang menentang Pemuda Bani Tamim akan menerima balasan yang segera di dunia ini lagi, dan kehinaan yang lebih dahsyat sedia menanti mereka di akhirat kelak. Ini janji Rasulullah SAW, bukan janji manusia. Setiap janji baginda SAW adalah benar dan pasti, tidak ada syak lagi padanya.

Selain Pemuda Bani Tamim, para Ikhwan juga akan sentiasa dibantu oleh Allah SWT dengan bantuan-Nya dan pertolongan-Nya. Kedua-dua bentuk pertolongan dan bantuan dari Allah ini tidak pernah diterima oleh mana-mana generasi Islam pun sebelum ini, melainkan pada zaman Rasulullah SAW dan zaman Khulafa ur-Rasyidin dahulu. Selepas itu, pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz, hanya bantuan dari Allah sahaja yang diterimanya, manakala pada zaman Sultan Muhammad al-Fateh Osmaniah pula, hanya pertolongan Allah sahaja yang diterimanya. Dan pada akhir zaman ini, kedua-dua pertolongan dan bantuan Allah dapat mereka terima secara sekali gus.

Dan dengan bantuan dan pertolongan dari Allah itu, umat Islam akan menjadi mulia semula. Mereka menjadi umat yang maju lahir dan batin, mantap akidahnya, cantik akhlaknya dan menjadi tuan yang memerintah bagi seluruh dunia. Seluruh dunia akan tunduk dan taat kepada Islam, kerana umat Islamnya sendiri tunduk dan taat kepada segala perintah Allah SWT zahir dan batin. Kepada orang-orang yang beginilah Allah SWT beri sepenuh kepercayaan dan Dia akan serahkan seluruh dunia ini untuk mereka warisi dan tadbir dengan sistem yang Allah telah tetapkan. Apakah kita tidak teringin atau berhasrat melihat agama Islam dan umatnya menjadi maju dan peneraju dunia seperti zaman Nabi SAW dahulu?

Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer