warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

02071 12. Hadis Panji-panji Yang Amat Terkenal





02071 12. Hadis Panji-panji Yang Amat Terkenal



A. Dari Abdullah RA katanya,

“Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak-anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua-dua mata Rasulullah SAW berlinangan air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapakah kami melihat pada wajahmu sesuatu yang kami tidak sukai?” Baginda menjawab, “Kami Ahlulbait, telah dipilih oleh Allah akhirat kami lebih dari dunia kami. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerimanya sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan sebagaimana halnya ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Sesiapa di antara kamu yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji.” (Ibnu Majah)

Jika diperhatikan ketiga-tiga buah hadis di atas (hadis nombor 10, 11 dan 12), kita akan dapati terdapat sedikit perbezaan matannya. Namun, perbezaan matannya yang sedikit ini tidak boleh pula dijadikan alasan untuk kita terus menjatuhkannya sebagai maudhuk. Perbezaan matannya ini tidak begitu jelas, dan tidak menunjukkan pertentangan maksud antara satu hadis dengan hadis yang lain. Kesemuanya sebenarnya saling menguatkan antara satu sama lain atau menunjukkan hadis ini datang melalui beberapa riwayat atau sanad. Sungguhpun rawi akhirnya (sahabat RA) hanya seorang sahaja iaitu Abdullah bin Mas’ud RA, ini tidak dapat dijadikan alasan untuk mendhaifkannya apatah lagi memaudhukkannya terus kerana jalan (sanad) yang diterima adalah banyak.


Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer