warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

02069 10. Pemuda Bani Tamim Menerima Ujian Paling Berat





02069 10. Pemuda Bani Tamim Menerima Ujian Paling Berat



A. Dari Ibnu Mas’ud RA, katanya,

“Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihatkan mereka, maka kedua-dua mata baginda SAW dilinangi air mata dan air muka baginda kelihatan berubah. Aku pun bertanya, “Mengapakah kami melihat pada wajah Tuan sesuatu yang tidak kami sukai?” Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur yang membawa bersama-sama mereka Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti halnya bumi ini dipenuhi dengan kedurjanaan sebelumnya. Sesiapa di antara kamu yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka itu walaupun terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah al-Mahdi.”         (Ibnu Majah)

Memang Pemuda Bani Tamim akan menerima ujian yang cukup berat dan besar. Jika tidak, bagaimana pula Rasulullah SAW sendiri boleh menitiskan air mata mengenangkan apa yang bakal dilalui oleh beliau. Baginda SAW masih boleh bersabar dan tidak menunjukkan reaksi yang nyata apabila mengetahui (melalui ilham dan kasyaf) bahawa cucu kesayangannya akan syahid dibunuh oleh tentera Bani Umaiyah suatu masa kelak. Tetapi apabila mengetahui ujian besar yang bakal dilalui oleh Pemuda Bani Tamim dan Ahlulbaitnya pada akhir zaman, baginda SAW tidak dapat menahan emosinya lalu menangis di hadapan para sahabat RA, sehingga  menyebabkan para sahabat RA sendiri turut menangis dan berasa marah kepada sesiapa yang menyusahkan Pemuda Bani Tamim itu.

Jelaslah di sini juga bahawa Rasulullah SAW sebenarnya amat sayangkan Pemuda Bani Tamim itu, sehingga lebih disayanginya daripada cucu-cucu kesayangannya sendiri. Ini dikeranakan Pemuda Bani Tamim itulah yang akan menaikkan semula Islam ke puncak kejayaan dan kegemilangan, seperti mula-mula dahulu sedangkan sebelumnya Islam jatuh teruk, dipandang hina dan diremeh-remehkan. Dan sanggup pula menderita menerima ujian yang sangat berat, demi menegakkan semula Islam ke puncak kegemilangannya, yang ujian itu sebenarnya pada zaman dahulu, hanya mampu diterima oleh para rasul yang muqarrabin sahaja, bukannya orang biasa seperti dia.

Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer