warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

02068 9. Imam Mahdi dan Pemuda Bani Tamim Tidak akan Kalah





02068 9. Imam Mahdi dan Pemuda Bani Tamim Tidak akan Kalah



A. Sabda Nabi SAW,

“Sentiasa akan ada satu toifah dari kalangan umatku yang sanggup menzahirkan kebenaran. Mereka tidak dapat dirosakkan (dikalahkan) oleh orang-orang yang menentangnya, hinggalah datang perintah Allah ( mati syahid atau tibanya hari kiamat).”

Ciri utama toifah yang dimaksudkan itu ialah mereka diberi keupayaan untuk menzahirkan kebenaran, bukan setakat memperkatakannya sahaja. Kalau setakat memperkatakannya, orang-orang Perancis yang bertaraf profesor pun lebih bijak bercakap daripada umat Islam sendiri. Jemaah-jemaah lain lazimnya hanya diberi keupayaan untuk memperkatakannya, tetapi tidak diberi keupayaan untuk mempraktikkannya. Jika mereka mempraktikkannya pun, hanyalah dalam satu dua perkara yang terlalu remeh-temeh menurut pandangan hati ulama batin.

Ciri kedua yang dimiliki oleh toifah awal kurun ialah mereka tidak dapat dikalahkan oleh mana-mana pihak pun yang menentangnya. Maksudnya, mereka ini sentiasa mendapat pertolongan terus daripada Allah dalam segala bentuk, tempat dan masa. Pertolongan itu pula bukannya dalam bentuk biasa, melainkan bertaraf keramat kerana sudah menjadi kebiasaan di dalam setiap jemaah kebenaran itu, terdapat orang yang bertaraf wali-wali yang doanya sangat mustajab. Melalui mereka inilah Allah turunkan pertolongan-Nya sehingga mereka tidak terkalahkan.

Ciri ketiga yang dimiliki oleh toifah ini ialah pemimpinnya adalah orang yang bertaraf mujaddid untuk sesuatu kurun itu, bukannya ulama biasa. Mujaddid adalah orang-orang yang sangat istimewa pada sisi Allah kerana mereka memang diutuskan kepada umat manusia untuk mengembalikan mereka kepada agama mereka dan kepada Tuhan, setelah tersasar jauh sekian lama.

Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer