warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

02065 6. Pemuda Bani Tamim Berperanan Besar





02065 6. Pemuda Bani Tamim Berperanan Besar



A. Sabda Nabi SAW,

“Orang ramai daripada Timur (Pemuda Bani Tamim dan para pengikutnya benar-benar) akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi.”

B. Daripada Abdullah bin Umar RA katanya, bersabda Nabi SAW,

“Al-Mahdi akan keluar di bawah panji-panjinya dan ada suara yang menyerukan: “Inilah Al-Mahdi Khalifah Allah, maka ikutilah dia.”       (At-Tabrani, Abu Nuaim & Al-Khatib)

Orang ramai yang dimaksudkan itu adalah kumpulan Ikhwan yang dipimpin oleh Syuaib bin Saleh. Mereka akan mendirikan tapak daulah Islamiah yang sebenar. Setelah tapak daulah itu siap dan hanya menanti Imam sebenar untuk mendudukinya, mereka akan mencari Imam Mahdi untuk diserahkan tapak daulah berkenaan. Ikhwan ini sifat-sifatnya sama dengan para sahabat pada awal Islam. Istilah Ikhwan itu adalah untuk membezakan antara mereka dengan para sahabat RA. Jika pada zaman awal Islam dahulu, istilah Sahabat digunakan untuk menunjukkan orang yang rapat dengan Rasulullah SAW, maka pada akhir zaman ini istilah Ikhwan digunakan. Kedua-dua istilah Sahabat dan Ikhwan ini bukan reka-rekaan Imam Mahdi atau Pemuda Bani Tamim, tetapi ditunjukkan sendiri oleh Rasulullah SAW melalui hadis-hadis sahih. Mahu tidak mahu, setiap kumpulan orang ramai pasti ada ketuanya, atau pemimpinnya. Dan bagi Ikhwan ini, tidak syak lagi pemimpinnya adalah Pemuda Bani Tamim sendiri. Peranan besarnya adalah membentuk pasukan Ikhwan ini, mendidik dan mengasuh mereka sehingga menjadi tepat seperti yang dinyatakan oleh hadis-hadis Rasulullah SAW.

Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

Apa itu dajjal

Dajjal...bila ulama melihat ayat quran dan hadis dengn sebelah mata manakala sebelah mata lagi tidak memahami atau tidak melihat kebenaran ayat tersebut lalu mengeluarkan pendapat mengikut hawa nafsu...

Pengikut dajjal pula...apa bila mereka melihat ayat quran dan hadis dengn sebelah mata manakala sebelah mata tidak melihat kebenaran ayat tersebut lalu berhukum dengan pendapat dajjal....sedangkan Nabi Muhmmad telah berpesan pada kita semua menggenggam erat2 quran dan hadis ...tapi kita berhukum dengan fitnah dajjal...

Allah Maha Tinggi lagi Maha Agung....jom perbaiki diri kita....katakan tidak pada pendapat ulama..katakan ya pada Kitab Allah dan Sunnah Nabi.. 

http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=474657

bani tamim

saya cuma berharap kpd para ahlulbait agar dapat ikhlas menerima dan tunduk kpd pemuda dari bn Tamim sgbmn pesan dari RASULULLAH kpd kita semua,agar spy semua kepintaran,egoisme kita tanggalkan agar tdk termasuk org-org yg mempersulit pekerjaan pemuda tersbt.Butuh sedikit waktu lagi maka urusan itu akan segera nampak pd kita semua. Tidak ada hal yg perlu diragukan lagi dlm diri pemuda itu,krn tentu dia mendapat didikan iman yg mencontohi apa ygada dlm Al-Quran ttg proses keimanan para nabiyullah.Janganlah kita mencari tahu krn sesunguhnya ALLAH SWT membuka hal tersbt pd diri beliau.Mungkin dlm ilmu dunia anda semua ahlinya tetapi beliau adalah manusia yg dipilih sbgmna hal RASULULLAH pd awalnya.Yang pasti beliau terpelihara dari syirik dan jiwanya dlm tanggungan ALLAH SWT.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer