warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

02055 10. Terlalu Ramai Pembohong





02055 10. Terlalu Ramai Pembohong



A. Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda,

“Hari kiamat tidak akan datang sehingga muncul para pendusta iaitu dajjal-dajjal, hampir-hampir seramai tiga puluh orang, setiap mereka mengaku bahawa dia adalah utusan Allah.” (At-Tarimzi)

B. Dari Sauban RA berkata, Rasulullah SAW bersabda,

“Hari kiamat tidak akan datang sehingga kabilah-kabilah dari umatku mengikut orang-orang musyrik dan sehingga mereka menyembah berhala dan akan ada di kalangan umatku tiga puluh pembohong. Setiap mereka mendakwa bahawa dirinya adalah nabi, dan aku adalah akhir para nabi, tidak ada nabi lagi sesudahku.” (At-Tarmizi)

Angka tiga puluh seperti yang disebutkan itu adalah orang-orang yang besar namanya, besar pengaruhnya dan besar pula ancamannya terhadap umat Islam. Yang lain-lain itu kecil pengaruhnya dan kurang terkenal namanya. Sebab itu sepanjang sejarah umat Islam, telah berlalu lebih dari tiga puluh nama orang yang mengaku dirinya sebagai nabi. Mereka inilah dajjal-dajjal kecil, iaitu utusan-utusan dajjal sebelum Dajjal yang sebenar memunculkan dirinya.

Umat Islam juga akan mengikut orang-orang Barat (musyrik) baik dari segi sistemnya, politiknya, budaya, bahasa, pemikirannya, malah agamanya. Barat yang dimaksudkan ialah orang-orang Kristian kerana orang Kristian lebih dominan daripada orang Yahudi dari segi kekuatan dan bilangannya. Itulah maksud yang disebutkan sebagai menyembah berhala, kerana orang-orang Kristian menyembah salib mereka. Orang Yahudi tidak menyembah sesuatu, walaupun hanukkah diletakkan di dalam kuil mereka. Orang Yahudi semasa sembahyang, menghantukkan kepada ke dinding pagar Masjidil Aqsa sahaja, sebagai tanda sujud.

Dalam keadaan demikianlah, Imam Mahdi akan muncul sebagai pembela Islam. Beliau akan menghapuskan semua bentuk bidaah dan khurafat, termasuk khurafat-khurafat moden iaitu sistem-sistem Barat yang sedang umat Islam amalkan dalam kehidupan mereka. Maka jadilah mereka sebagai umat yang satu dan bersatu; bersatu dalam semua segi. Imam Mahdilah pemimpin sejati mereka, selain daripada Syuaib bin Saleh at-Tamimi.

Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer