warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

02012 4. Imam Mahdi Adalah Seorang yang Sangat Khusyuk





02012 4. Imam Mahdi Adalah Seorang yang Sangat Khusyuk



A. Kata tabiin RH,

“Al-Mahdi adalah seorang yang sangat khusyuk kerana Allah, seperti tenangnya sayap burung nasar (helang).”

Berdasarkan asar di atas, dapatlah pula kita simpulkan beberapa hal, yang antaranya adalah:

  1. Imam Mahdi adalah benar-benar seorang pemimpin yang didatangkan oleh Allah untuk umat ini, pada akhir zaman. Burung helang yang para tabiin gambarkan adalah lambang kepimpinan, sebab burung helang itu adalah raja segala burung. Apabila burung helang berada pada sesuatu tempat, burung-burung lain akan cuba menjauhkan diri daripadanya kerana faham akan penguasaan burung helang di kawasan berkenaan.
  2. Burung helang adalah lambang penguasaan langit dan bumi, sebab burung helang bebas meneroka angkasa tanpa sekatan, bebas ke mana sahaja. Burung helang juga menguasai bumi kerana helang menyambar mangsa dari langit ke bumi dalam masa yang cukup singkat dan amat pantas pula. Mangsa burung helang ada di atas langit, ada di atas pokok dan ada pula di atas permukaan bumi. Di dalam air pun ada juga mangsa burung helang.
  3. Burung helang adalah lambang kepimpinan yang dinamik dan maju kerana helang memang ditakuti oleh burung-burung lain. Apabila sang helang sedang menguasai langit, tiada burung lain yang berani angkat kepala kerana takut disambar atau dihalau oleh burung helang tadi.
  4. Imam Mahdi memang seorang ahli agama yang mementingkan aspek akidah, syariat dan kerohanian sehingga mampu menenangkan setiap hati manusia, seperti tenangnya sayap helang yang menentang arus angin yang bertiup, yang keadaan sayapnya sentiasa terbentang mengepak.
  5. Imam Mahdi adalah seorang Imam yang benar-benar khusyuk dalam ibadahnya, seperti khusyuknya Baginda SAW dan para sahabat RA semasa mereka sedang bersembahyang.
  6. Imam Mahdi mampu membawa umatnya kembali kepada khusyuk dalam ibadat mereka, suatu perkara yang telah hilang sejak sekian lama dahulu dan belum lagi ditemui hingga kini. Para ulama hari ini juga sudah bungkam mulutnya apabila ditanya apa itu khusyuk dan bagaimana cara sbeenar hendak mendapatkan khusyuk. Imam Mahdi tidak perlu menjawab itu semua kerana jawapannya ada pada amalan dan jiwa beliau yang amat khusyuk itu sehingga akhirnya semua umat Islam turut mendapat khusyuk dalam ibadat mereka.
  7. Imam Mahdi adalah seorang yang amat ikhlas dalam setiap ibadat dan pekerjaan yang dilakukannya. Kerana itulah Imam Mahdi sentiasa dibantu oleh Allah dan diberikan keberkatan pada kedua-dua tangannya untuk dirasai oleh sekalian manusia. Keberkatan Imam Mahdi itu digambarkan pada kedua-dua kepak burung helang yang disebutkan.
  8. Imam Mahdi adalah seorang yang pemurah. Sayap yang terbuka adalah lambang kemewahan hidup di bawah kelolaan seorang pemimpin yang amat adil dan bertimbang rasa. Hidup jadi mudah dan berkat, masyarakat jadi kaya-raya dan harta benda melimpah ruah. Begitu sekali pemurahnya Imam Mahdi sehingga pintu bilik perbendaharaannya yang penuh harta benda itu tidak pernah berkunci, dan hanya ditunggu oleh seorang penjaga yang tidak bersenjata. Harta yang ada di dalamnya juga tidak pernah diaudit, dan sesiapa yang mahu meminta harta, akan disuruh ambil seberapa banyak yang mahu diambilnya atau yang termampu dibawanya.
  9. Kepak yang terbuka juga adalah lambang kasih sayang yang merata. Kasih sayangnya itu dapat dirasakan oleh sekalian rakyatnya, hatta yang jauh di ceruk pedalaman atau di ceruk gunung sekalipun.
  10. Maksud khusyuk juga adalah turunnya berkat dan diangkat perbuatan maksiat daripada manusia yang beriman. Ini dikeranakan khusyuk tidak akan sekali-kali mereka peroleh melainkan setelah diangkat terlebih dahulu perbuatan maksiat dari kalangan manusia sehingga tiada lagi yang berani melakukan maksiat secara terang-terangan sehingga masalah sosial dan jenayah mencapai tahap zero percent dan setelah diturunkan berkat yang merata ke atas seluruh dunia ini. Setelah kedua-dua perkara ini benar-benar berlaku, barulah rasa khusyuk itu didapati oleh semua umat Islam. Selagi masih ada perbuatan maksiat dan dosa dilakukan oleh manusia, maka selagi itulah rasa khusyuk tidak akan manusia peroleh dalam apa-apa ibadat pun.

Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer