warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

02005 4. Beliau Dari Keturunan Sayidina Al-Hasan dan Al-Husain bin Ali RA





02005 4. Beliau Dari Keturunan Sayidina Al-Hasan dan Al-Husain bin Ali RA



A. Rasulullah SAW bersabda kepada Fatimah RA,

“Demi Allah yang mengutus aku sebagai Nabi yang sebenarnya, sungguh daripada keturunan al-Hasan dan al-Husain akan lahir al-Mahdi untuk umat ini.”

B. Abdullah bin Amru RA berkata,

Seorang lelaki dari anak cucu al-Hasan akan datang dari arah Timur. Jika dia menghadap ke arah gunung, akan dipukulnya hingga rata sehingga mereka berjaya melaluinya.”

C. Rasulullah SAW bersabda,

“Dunia ini tidak akan berakhir sehingga seorang lelaki dari keturunan al-Husain mengambil alih pentadbiran dunia dan memenuhkannya dengan keadilan dan kesaksamaan seperti sebelumnya yang dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan.”

D. Abu Ishak memberitahu bahawa Sayidina Ali KMW ketika memandang anaknya al-Hasan RA, berkata,

“Anak aku ini adalah seorang Sayid, seperti yang Nabi SAW menamakan dia. Daripada keturunannyalah akan muncul seorang lelaki yang namanya seperti nama Nabi kamu. Dia akan menyerupai Nabi kamu dari segi akhlak tetapi tidak dari segi rupa.” Kemudian dia menyebutkan riwayat bahawa bumi ini akan dipenuhi dengan keadilan (semasa pemerintahannya).”         (Abu Daud)

Oleh kerana keturunan Sayidina Ali KMW memang ramai, terutamanya dari sebelah isteri-isterinya yang lain, maka dikhabarkan lagi bahawa Imam Mahdi itu adalah dari anaknya yang bernama al-Hasan dan al-Husain RA, iaitu cucu-cucu kesayangan Rasulullah SAW.

Antara kedua-dua orang cucu baginda SAW ini, Sayidina al-Husain RA adalah lebih menonjol berbanding Sayidina al-Hasan RA. Maka ditetapkan lagi oleh para ulama bahawa, Imam Mahdi itu dari sebelah bapanya adalah terus kepada Sayidina al-Husain RA, manakala dari sebelah ibunya adalah datang dari sebelah Sayidina al-Hasan. Demikian pendapat yang dirumuskan oleh Imam Ibnu Hajar al-Haitami dalam kitabnya yang terkenal itu.

Adanya hadis-hadis yang sekejap menyebutkan Imam Mahdi itu berketurunan Sayidina al-Husain, sekejap menyebutkan Imam Mahdi itu berketurunan Sayidina al-Hasan, dan sekejap lagi menyebutkan Imam Mahdi itu dari keturunan kedua-dua al-Hasan dan al-Husain itu, sebenarnya bukanlah menunjukkan pertentangan. Tidaklah sepatutnya apabila ini berlaku, maka ketiga-tiga bentuk hadis ini ditolak.

Pertentangan yang berlaku ini hanyalah bersifat luaran, kerana tidak dijelaskan secara mendalam maksudnya itu. Sebenarnya memang Imam Mahdi itu datang dari keturunan Sayidina al-Hasan dan Sayidina al-Husain, dari bapa mereka Sayidina Ali KMW dan dari ibu mereka Sayidatina Siti Fatimah RA.

Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

Maka ditetapkan lagi oleh

Maka ditetapkan lagi oleh para ulama bahawa, Imam Mahdi itu dari sebelah bapanya adalah terus kepada Sayidina al-Husain RA, manakala dari sebelah ibunya adalah datang dari sebelah Sayidina al-Hasan. Demikian pendapat yang dirumuskan oleh Imam Ibnu Hajar al-Haitami dalam kitabnya yang terkenal itu.

thanks ats info yg bermanfaat ini =)

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer