warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

02003 2. Beliau Berketurunan Sayidatina Fatimah RA





02003 2. Beliau Berketurunan Sayidatina Fatimah RA



A. Dari Said bin al-Musayyab RH, dia berkata,

“Kami berada bersama-sama dengan Ummu Salamah RA, lalu kami saling menyebut-nyebut al-Mahdi, maka dia berkata, “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Al-Mahdi adalah dari anak keturunan Fatimah.” (Ibnu Majah)

B. Ummu Salamah RA, Ummul Mukminin, menceritakan bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda,

“Al-Mahdi adalah dari keturunanku, dari anak cucu Fatimah.” (Abu Daud & Ibnu Majah)

C. Qatadah RH berkata,

“Aku bertanya kepada Said bin Al-Musayyab RH, “Adakah al-Mahdi itu benar?” Dia menjawab, “Ya.” Aku bertanya lagi, “Dari siapa dia datang?” Jawabnya, “Dari anak-anak Fatimah RA.”

D. Dari Imran bin al-Husain RA katanya, Rasulullah SAW bersabda kepada anaknya Fatimah RA,

“Khabarkanlah berita gembira, bahawa al-Mahdi itu adalah dari (keturunan) kamu.”        (Ibnu Asakir)

E. Kata Sayidina Ali KMW,

"Al-Mahdi itu adalah seorang lelaki dari kami, dari anak-anak Fatimah RA.”

F. Sabda Nabi SAW,

“Benar, dia memang sebenarnya, dan dia adalah dari anak-anak Fatimah.”

G. Rasulullah SAW mengisytiharkan bahawa,

“Al-Mahdi itu adalah dari kaum keluargaku, daripada keturunan Fatimah.”         (Ibnu Majah)

Hadis-hadis di atas memperincikan lagi keturunan Imam Mahdi itu iaitu dari keturunan Rasulullah SAW melalui puteri bongsu kesayangan baginda SAW. Banyaknya hadis yang menyebutkan perkara demikian membantu menjelaskan lagi kedudukan Imam Mahdi sebagai salah seorang Ahlulbait yang paling utama. Jika kumpulan hadis sebelumnya menyatakan Imam Mahdi itu adalah dari keturunan Rasulullah SAW, maka kumpulan hadis yang kedua ini menyatakan pula bahawa Imam Mahdi itu adalah dari keturunan Rasulullah SAW melalui puteri kesayangan baginda SAW dan kesayangan seluruh umat Islam, iaitu Sayidatina Siti Fatimah az-Zahra’ al-Batul.

Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer