warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

02002 1. Beliau Berketurunan Rasulullah SAW





02002 1. Beliau Berketurunan Rasulullah SAW


A. Dari Sayidina Ali KMW, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda,

“Al-Mahdi itu adalah dari golongan kami, wahai Ahlulbait, semoga Allah akan menyempurnakannya dalam satu malam.”        (Ibnu Majah)

B. Abdullah bin Mas’ud RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda,

“Dunia ini tidak akan hancur sehingga seorang lelaki dari ahli keluargaku, yang namanya seperti namaku, memerintah seluruh bangsa Arab.”               (At-Tarmizi & Abu  Daud)

C. Sayidina Ali bin Abi Talib KMW meriwayatkan sebuah hadis daripada Nabi SAW yang memberitahunya bahawa,

“Al-Mahdi yang dinanti-nantikan itu adalah dari kaum keluargaku. Allah akan menyempurnakannya dalam satu malam sahaja.”        (Ibnu Majah)

D. Dari Abdul Rahman bin Auf RA katanya, sabda Nabi SAW,

“Sungguh Allah akan melahirkan seorang lelaki daripada keturunanku, yang (antara sifat utamanya ialah) giginya berjarak, dahinya lebar, keadilannya sangat meliputi seluruh alam dan akan mendapatkan harta-benda dengan melimpah-limpah.”       (Abu Nuaim)

E. Dari Abdullah bin Mas’ud RA katanya, sabda Nabi SAW,

“Jika tidak tinggal umur dunia ini melainkan hanya sehari sahaja, nescaya Allah akan memanjangkan hari itu sehinggalah dibangkitkan-Nya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum Keluargaku, yang namanya menyerupai namaku, dan nama bapanya menyerupai nama bapaku. Dia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana bumi ini sebelumnya dipenuhi dengan penindasan dan kezaliman.” (Abu Daud & At-Tarmizi)

. Dari Sayidina Ali bin Abi Talib KMW katanya, Rasulullah SAW bersabda,

“Kalaulah hanya tinggal sehari sahaja lagi umur dunia ini, pasti Allah akan panjangkannya sehingga dibangkitkan-Nya seorang lelaki dari ahli keluargaku yang akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan seperti sebelumnya yang dipenuhi oleh kezaliman.”         (Abu Daud)

G. Sabda Nabi SAW,

“Al-Mahdi itu adalah salah seorang dari kaum keluargaku, Ahlulbait.”        (Ibnu Majah)

H. Sabda Nabi SAW,

“Dunia ini tidak akan lenyap sehingga seorang lelaki dari kalangan bangsa Arab muncul, yang namanya seperti namaku.”         (At-Tarmizi)

I. Abu Said al-Khudri RA menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Al-Mahdi adalah dari keturunanku. Dahinya luas dan hidungnya mancung. Dia akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan dan kesaksamaan ketika dunia sedang dipenuhi dengan penindasan. Dia akan memerintah selama tujuh tahun.”

J. Rasulullah SAW mengisytiharkan bahawa,

“Al-Mahdi itu adalah salah seorang daripada kami, dari kalangan Ahlulbait.”  (Ibnu Majah)

K. Nabi SAW bersabda,

“Allah akan mengeluarkan dari persembunyiannya al-Mahdi (iaitu) dari kalangan kaum keluargaku sejurus sebelum hari kiamat walaupun kiamat itu cuma tinggal sehari sahaja. Dia akan menyebarkan keadilan dan kesaksamaan di atas muka bumi ini dan menghapuskan kezaliman dan penindasan.”    (Imam Ahmad)

Hadis-hadis yang memperakukan bahawa Imam Mahdi adalah keturunan baginda SAW adalah banyak dan sebahagiannya adalah seperti yang dinyatakan di atas. Hadis-hadis yang menceritakan mengenai hal ini memang banyak dan yang dinyatakan di atas hanyalah sebahagian daripadanya. Oleh kerana banyaknya hadis yang menceritakan tajuk yang sama, dan dari pelbagai tingkatan kesahihan pula, maka tidak syak lagilah Imam Mahdi itu memang asal-usul keturunannya adalah daripada Rasulullah SAW.

Memang tidak syak lagi Imam Mahdi itu adalah salah seorang dari Ahlulbait dan kedudukannya adalah lebih utama pada sisi Rasulullah SAW daripada orang lain yang sezaman dengannya mahupun dari zaman yang dahulu, sehingga kepada para sahabat RA. Ketinggian kedudukannya pada sisi Allah SWT dan pada sisi Rasulullah SAW sudah hampir tidak perlu dinyatakan lagi kerana sudah disebutkan sendiri oleh baginda Rasulullah SAW dalam beberapa buah hadis, antaranya seperti yang telah diriwayatkan.

Kerana itu orang yang mengaku dirinya Imam Mahdi atau yang didakwa oleh para pengikutnya sebagai Imam Mahdi perlu menunjukkan susur galur keturunannya yang jelas, dan disertakan bukti-bukti yang kukuh, yang dapat dipertahankan bahawa dia memang berketurunan Rasulullah SAW, dan saksi-saksi bebas yang dapat menerangkan secara terperinci akan keluarganya dan sejarah latar belakang keluarganya itu. Jika ini dapat dilakukan, maka jelaslah bahawa dakwaan itu adalah benar dan si pendakwa dapatlah diterima sebagai Imam Mahdi, sesuai dengan isyarat hadis Rasulullah SAW yang banyak itu.

Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer