warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

0147 Sikap Pemimpin Jemaah-jemaah Islam yang Sepatutnya





0147 Sikap Pemimpin Jemaah-jemaah Islam yang Sepatutnya



Jemaah-jemaah Islam pada hari ini memang cukup banyak. Ada yang
besar dan ada yang kecil. Ada yang terhad di sesuatu kawasan dan
ada yang melangkau ke hampir seluruh dunia. Ada yang telah panjang
usia perjuangan mereka dan ada yang baru berusia tidak sampai
setahun jagung. Ada yang dibenarkan oleh pihak pemerintah dan
banyak pula yang ditentang oleh pihak pemerintahnya sendiri. Ada
yang benar-benar mengikut ajaran Ahlus Sunnah dan banyak pula yang
tidak senafas dengan Ahlus Sunnah. Ada yang terkenal dan banyak
yang tidak diketahui langsung oleh orang ramai.

Jemaah-jemaah Islam yang ada pada hari ini umpama kapal-kapal kecil yang belayar ke satu destinasi yang telah ditetapkan, walaupun masa sampainya tidak ditetapkan. Masing-masing bergerak mengikut arus yang tertentu dengan tujuan yang sama. Setiap jemaah ini cuba mengembalikan penghayatan Islam kepada seberapa ramai umat Islam yang mahu kembali kepada Islam. Dalam melaksanakan cita-cita dan usaha murni ini, sepatutnya tidak timbul rasa iri hati dan marah oleh sebuah jemaah Islam terhadap jemaah Islam yang lain, yang dilihat lebih terkehadapan dan menonjol daripada jemaah mereka sendiri.  

Lazimnya apabila umat Islam berkumpul dalam sesebuah jemaah kebenaran, maka terdapatlah di dalamnya orang-orang yang bertaraf wali Allah, atau bertaraf orang saleh, atau bertaraf mukmin sejati, atau sekurang-kurangnya pun bertaraf muslim yang baik. Maka lazim pula jemaah berkenaan mendapat bantuan terus daripada Allah dalam pelbagai bentuk, terutamanya karamah atau sekurang-kurangnya maunah. Maka keberadaan orang-orang begini di dalam jemaah Islam berkenaan amatlah diperlukan, kerana dengan adanya merekalah turun bantuan-bantuan terus daripada Allah kepada jemaah berkenaan khususnya dan kepada seluruh umat Islam amnya. Pemimpin jemaah ini lazim mendapat ilmu-ilmu rahsia daripada Allah. Kerana itu, setiap pemimpin jemaah Islam perlu membantu memperkenalkan siapa dia pemimpin sejati untuk zaman ini kepada seluruh pengikutnya dan seluruh umat Islam amnya, sekalipun pemimpin sejati berkenaan bukan datangnya daripada jemaah pimpinan mereka.

Hal ini perlu diperhatikan kerana secara lazimnya pemimpin-pemimpin jemaah Islam ada diberi rasa hati yang kuat, ilmu yang tidak ada pada orang ramai dan firasat yang hampir tepat dalam menentukan siapa pemimpin sejati untuk zaman masing-masing. Hebahan seperti ini adalah perlu untuk memastikan orang ramai tidak tersilap pilih pemimpin yang akan memimpin mereka. Jangan biarkan orang-orang yang kita pimpin itu tersalah pilih orang yang akan memimpin mereka dengan sebenar-benarnya. Orang ramai tidak dapat disalahkan seratus peratus dalam hal ini kerana mereka tidak mendapat penjelasan yang tepat dan ilmu yang mantap mengenai siapa pemimpin yang perlu mereka pilih pada sesuatu masa. Maka mereka pun akan memilih ahli-ahli politik yang ada pada masa mereka sebagai pemimpin mereka, tanpa mengetahui bahawa pada awal kurun ini, Allah sudah tetapkan pemimpin sejati yang sepatut dan selayaknya menjadi ikutan seluruh umat Islam dan juga seluruh umat manusia. Peranan pemimpin jemaah Islam amatlah besar dan bererti dalam hal ini, jika dilaksanakan sepenuhnya.

Pemimpin seperti inilah yang sepatutnya ditonjolkan ke hadapan kerana itu adalah isyarat dan perintah daripada Nabi SAW yang sangat kita sanjungi dan kita ikuti segala perintahnya. Jangan biarkan umat Islam terus-menerus tersalah pilih pemimpin, dengan memilih pemimpin yang fasik atau zalim sebagai pemimpin mereka, atau bukan dari kalangan orang yang benar, sedangkan ini adalah awal kurun Hijrah. Sesiapa yang memilih pemimpin selain daripada orang yang Allah telah pilih sebagai pemimpin mereka, maka mereka adalah orang-orang yang sesat dan fasik, serta nyata zalimnya. Dan orang-orang yang membiarkan dirinya dipilih dan dilantik sebagai pemimpin oleh umat Islam sedangkan ini adalah awal kurun Hijrah, maka dia adalah orang yang berbuat tiga kali zalim iaitu zalim terhadap seluruh umat Islam, zalim kepada Allah dan rasul-Nya dan zalim terhadap pemimpin sejati yang ditentukan oleh Allah itu.


Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer