warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

0138 Alasan 4 - Perbezaan Kepercayaan





0138 Alasan 4 - Perbezaan Kepercayaan



Alasan lain yang digunakan untuk menafikan hadis-hadis yang diriwayatkan oleh sebahagian solihin dan ahli agama adalah perbezaan mazhab. Contohnya, salah satu isu sensitif yang banyak diperdebatkan dan memerlukan kajian mendalam pada masa dahulu ialah sama ada Al-Quran itu makhluk atau qadim. Terdapat sekumpulan umat Islam yang meyakini bahawa al-Quran bukan makhluk, dan adalah qadim. Sepihak lagi, iaitu puak Muktazilah mendakwa bahawa al-Quran itu adalah makhluk. Perselisihan pendapat mengenai hal ini tidak semata-mata hangat di meja perdebatan, malah turut mengakibatkan pertumpahan darah sesama Islam. Ramai ulama muttaqin yang menjadi mangsa pihak pemerintah akibat ketidakselarasan fahaman itu.

Dalam hal ini, jika ada mana-mana orang yang meriwayatkan hadis yang memuji Keluarga Nabi SAW dan keturunan Sayidina Ali bin Abi Talib KMW atau hadis-hadis yang berbau Syiah, kebanyakan ulama Ahlus Sunnah mengesyaki hadis yang mereka riwayatkan haruslah ditolak atau diumumkan sesat. Hadis-hadis mereka mestilah ditolak sama sekali. Namun begitu, terdapat juga sebilangan ulama ahli hadis yang masih tetap meriwayatkan hadis-hadis berkenaan setelah berasa puas hati dengan sanad dan rawi yang meriwayatkan hadis-hadis berkenaan. Lazimnya mereka meletakkan hadis-hadis ini sebagai hadis dhaif, dan dibincangkan dalam bab-bab khusus mengenai fadhailul amal (kelebihan-kelebihan amalan sunat).

Kita patut membaca Tarikh at-Tabari yang menyatakan sikap kita dalam hal ini kerana kebanyakan rawi (dan umum penganut Ahlus Sunnah wal Jamaah) mempercayainya sebagai pegangan kita. Imam Muslim, pengumpul Sahih Muslim, menurut at-Tabari, pernah berkata:

“Saya berjumpa dengan Jabir Jukfi. Tetapi saya tidak meriwayatkan sebarang hadis daripadanya kerana dia mempercayai raj’ah (hidup semula pada zaman Imam Mahdi memerintah).”

Kerana itu, semua hadis yang diterima oleh Imam Muslim daripada Jabir Jukfi langsung ditolak dan tidak dimasukkan ke dalam kitab sahihnya itu.

Dalam hal ini, pendapat Ibnu Khaldun dapatlah diterima dan selari dengan fahaman ulama Ahlus Sunnah yang lain. Hanya dalam soal ini sahaja pendapat Ibnu Khaldun itu dapat kita terima dan selaras dengan fahaman kita, sesuai dengan apa yang telah diajarkan oleh para ulama terdahulu.


Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer