warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

0137 Alasan 3 - Rawi Tidak Dipercayai Kerana Dikatakan Syiah





0137 Alasan 3 - Rawi Tidak Dipercayai Kerana Dikatakan Syiah



Kerap pula berlaku sesebuah hadis itu diisytiharkan dhaif atau
mauduk kerana perawinya adalah seorang Syiah. Contohnya, Ibnu
Khaldun, menolak Qutn bin Khalifah, salah seorang rawi hadis-hadis
mengenai Imam Mahdi disebabkan beliau adalah seorang Syiah. Dalam
hubungan ini, beliau dilihat agak tergesa-gesa menuduh rawi secara
borong sahaja, contohnya beliau menyatakan bahawa ‘Ijli
menyebut bahawa Qutn adalah seorang yang baik dalam hadis, tetapi
dituduh berfahaman Syiah. Selain itu, menurut Ahmad bin Abdullah
bin Yunus dan Abu Bakar bin Ayyash, Qutn adalah tidak dipercayai
dan hadis-hadisnya ditolak kerana kesesatan akidahnya itu.
Kesilapan beliau adalah kerana di pihak lain, terdapat sebilangan
ulama seperti Imam Ahmad bin Hanbal, an-Nasa’i dan lain-lain,
yang mempercayainya dan menerima hadis-hadis yang
diriwayatkannya.

Rawi lain yang bernama Harun telah dicap sebagai dhaif, kerana menurut Ibnu Khaldun lagi, dia dan anaknya adalah penganut Syiah. Sebahagian ulama hadis seperti Yazid bin Abu Ziyad dikatakan seorang rawi yang lemah kerana ‘dia adalah salah seorang pemimpin Syiah’ dan salah seorang ulama Syiah di Kufah. Menurut ulasan Ammar az-Zahabi, Ibnu Khaldun tidak menyebutkan bahawa ahli-ahli hadis terkemuka seperti Imam Ahmad bin Hanbal, an-Nasa’i dan lain-lain menganggapnya siqah. Juga Abdul Razak bin Humam yang hadis-hadisnya dikatakan lemah oleh Ibnu Khaldun kerana dia dikatakan lebih berminat membawa hadis-hadis yang memuji Keluarga Nabi SAW dan terkenal kerana fahaman Syiahnya.

Memang benar dalam hal ini, sebahagian hadis yang diriwayatkan, ada yang dibawa oleh rawi yang bermazhab Syiah atau pro-Syiah. Hadis-hadis begini memang patut kita ragui kesahihannya, jika tidak terdapat sanad lain yang sampai kepada kita. Namun, satu perkara yang kita lupa atau seolah-olah kita lupa iaitu terdapat lebih banyak hadis mengenai Imam Mahdi yang benar-benar maudhuk dibawa oleh orang-orang yang tidak bermazhab Syiah. Oleh itu, kedua-dua pihak ini sepatutnya kita awasi benar-benar, bukan hanya dari pihak Syiah sahaja, seperti yang selalu diheboh-hebohkan oleh Ibnu Khaldun itu.


Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer