warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

0136 Alasan 2 - Kelemahan Sanad yang Nyata





0136 Alasan 2 - Kelemahan Sanad yang Nyata



Adalah mustahak dinyatakan bahawa kebanyakan ulama yang dikatakan sebagai lemah dalam sanadnya seperti yang didakwanya itu adalah orang yang dianggap berwibawa oleh ulama lain. Tambahan pula, kelemahan dalam periwayatan sesebuah hadis tidaklah boleh menjadi sebab mutlak untuk kita menolak keseluruhan hadis berkenaan kerana mereka masih tetap dipercayai. Ini kerana ciri-ciri istimewa sebegitu adalah suatu hal yang umum.

Tidak dinafikan sanad amat penting dalam meneliti hadis-hadis yang disampaikan kepada kita, sehinggakan Abdullah bin Al-Mubarak menyebutkan dalam kitabnya, Sahih Muslim Bisyarhin Nawawi, Jilid 1, muka surat 75 bahawa:

“Sanad itu adalah sebahagian daripada agama. Kalaulah tiada kerana sanad, sesiapa pun boleh bercakap apa sahaja yang dia mahu.”

Kerana itulah, merujuk kepada kitab Aj-Jarhu wat Takdil amatlah perlu untuk mengenali latar belakang perawi yang membawa sesebuah hadis. Namun begitu, peraturan yang sedemikian ketat hanya patut dilakukan terhadap masalah yang menyangkut pokok akidah, bukan furuk akidah seperti masalah Imam Mahdi ini, atau masalah yang benar-benar menyangkut soal halal haram, atau berkaitan maslahat umum yang mendesak. Dalam masalah Imam Mahdi ini, patut ada kelonggaran sedikit, mengenangkan masalah ini adalah masalah furuk sahaja, bukan perkara pokok dalam akidah.

Apabila sesuatu ciri rawi hadis itu didapati lemah oleh sebahagian ahli hadis, yang lain mendapati sebaliknya pula. Jadinya, pendapat awal yang menyatakannya lemah hanyalah boleh diterima jika alasan melemahkan riwayatnya dapat diperjelaskan dengan bukti yang benar-benar kukuh. Tambahan pula, masalah Imam Mahdi ini adalah masalah khilafiah sahaja, bukan masalah akidah. Maka soal rawi yang lemah, tidak perlulah begitu diambil serius.

Di dalam kitabnya Lisanul Mizan, Imam Ibnu Hajar al-Asqalani menyatakan:

‘Lemahnya hadis-hadis mengenai Imam Mahdi itu, walaupun diandaikan melebihi daripada penerimaan umum, bolehlah dilakukan jika alasan untuk berbuat demikian dilakukan dengan penuh tegas. Sebaliknya, percubaan orang-orang berkenaan yang cuba (mencari jalan untuk) menjadikan hadis-hadis itu lemah, akhirnya tidak berbaloi.’

Imam Abu Bakar Ahmad bin Ali al-Baghdadi menulis:

Mestilah ditunjukkan kesalahannya bahawa hadis-hadis itu diterima dan digunakan sebagai bukti oleh Imam al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud, walaupun sebahagian periwayat hadis mengkritik dan mengisytiharkannya dhaif, alasan kritikan dan kedhaifan mereka itu tidak dapat dijelaskan dengan baik dan tidak dapat juga dibuktikan dengan tepat.

Kalaulah semua alasan lemah itu benar-benar dilaksana dan dikuatkuasakan, hanya sebilangan kecil hadis sahaja yang akan benar-benar terselamat daripada apa-apa kritikan. Kerana itulah, adalah amat penting dalam kes-kes sebegini, hendaklah benar-benar diteliti hadis-hadisnya  dan nilai keabsahannya digali untuk mendapatkan kebenaran.


Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer