warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

0135 Alasan 1 - Periwayatan (tawatur) Hadis-hadis yang Kurang Diyakini





0135 Alasan 1 - Periwayatan (tawatur) Hadis-hadis yang Kurang Diyakini


Sebilangan besar ulama Ahlus Sunnah meyakini dan mempercayai hadis-hadis berkenaan Imam Mahdi tidaklah salah terima. Mereka sebenarnya memindahkannya tanpa membandingkannya dengan sumber-sumber lain dan tanpa sebarang bantahan. Antara ulamanya ialah Imam Ibnu Hajar al-Haitami dalam kitabnya as-Sawaiqul Muharriqah; Shablanji dalam Nurul Absar;  Ibnu Sabbagh dalam al-Fusulul Muhimmah; Muhammad as-Saban dalam As’afur Raghibin; Kanji as-Syafie dalam al-Bayan; dan seterusnya. Kebanyakan kesilapan semasa meriwayatkan hadis-hadis ini berpunca daripada kelemahan yang ditemui dalam sanad. Menurut Imam Ibnu Hajar al-Asqalani, sesebuah hadis yang diriwayatkan oleh setiap generasi tidak semestinya membawa kepada memperkukuhkan kesahihan sesebuah hadis, dan ini sebenarnya tidak sepatutnya dijadikan punca perselisihan.

Pendapat yang sama turut dipegang teguh oleh Sayyid Ahmad, Syeikhul Islam dan Mufti Syafie, yang menulis bahawa hadis-hadis mengenai Mahdi adalah sangat banyak dan mutawatir. Banyak daripadanya adalah sahih, yang lain dinilai sebagai hasan, dan sebahagian lagi adalah hadis-hadis dhaif. Namun, menurutnya lagi, walaupun kebanyakan hadisnya adalah lemah (dhaif), tetapi oleh kerana perawinya sangat ramai, sebahagian besar hadis itu dapat kuat-menguatkan yang lain, dan ini menjadikan penerimaannya dianggap sebagai sah dan menjadi mutawatir. Kerana itu beliau menyatakan hadis-hadis mengenai Imam Mahdi yang terdiri daripada berbagai-bagai tingkatan itu adalah sudah mencapai taraf mutawatir.

Antara yang meriwayatkan hadis mengenai Imam Mahdi adalah sekumpulan sahabat utama Nabi SAW. Ini termasuklah: Abdul Rahman bin Auf, Abu Said al-Khudri, Qais bin Jabir, Ibnu Abbas, Jabir, Ibnu Mas’ud, Ali bin Abi Talib, Abu Hurairah, Sauban, Salman al-Farisi, Huzaifah, Anas bin Malik, Ummu Salamah, dan lain-lain. Antara ulama hadis termasyhur yang meriwayatkan tentang Imam Mahdi dalam kitab-kitab hadis mereka ialah: Imam Abu Daud, Imam Ahmad bin Hanbal, Imam at-Tirmizi, Imam Ibnu Majah, Imam an-Nasa’i, Imam at-Tabrani, Imam Daruqutni, Abu Nuaim al-Isfahani dan sebilangan pengumpul hadis yang ternama. Senarai lengkap nama perawi hadis dan kitab-kitab karangan mereka sudah pun disebutkan dalam bab yang terdahulu.

Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer