warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

0133 Kesimpulan oleh Penulis





0133 Kesimpulan oleh Penulis


Setelah meneliti dan mengkaji dengan mendalam persoalan Imam Mahdi bagi puak Syiah ini, sama ada Syiah Imamiah, Syiah Ismailiah, Syiah Zaidiyah dan sebagainya itu, dan setelah mengkaji dan meneliti sekian banyak hadis yang mereka kemukakan (berjumlah kira-kira seribu buah), maka penulis ingin mengemukakan pendapat sendiri tentang persoalan ini, untuk renungan bersama. Jika dirasakan benar, terimalah dan jika tersalah, terpulanglah.

Berdasarkan apa yang tersurat dan tersirat daripada periwayatan mengenai Imam Mahdi bagi puak Syiah itu, beberapa perkara dapat dikesan, yang antaranya adalah seperti berikut.

1.Imam Mahdi Syiah itu sebenarnya tidak ada, dan ekoran itu tidak akan muncul pada bila-bila masa pun. Ini dapat dikesan melalui dua buah cerita yang diketahui yang memungkinkan bahawa Imam Mahdi mereka itu sebenarnya memang tiada.

a.Imam mereka itu sudah mati dan kini sedang berada di alam barzakh. Imam mereka itu dikatakan hilang semasa berusia enam, tujuh, lapan atau sembilan tahun. Yang sebenarnya Imam Mahdi mereka itu sudah pun mati, iaitu mati dalam erti kata yang sebenar-benarnya, kembali ke alam barzakh, tempat sementara untuk menuju ke alam mahsyar. Untuk menutup rasa kekecewaan mereka yang amat sangat itu, dikatakan bahawa Imam mereka itu hanya bersembunyi di dalam gua, tidak akan muncul melainkan pada hari dia dimunculkan kelak. Yang sebenarnya Imam mereka itu telah benar-benar mati dan ditanamkan di dalam gua itu. Ada pendapat yang mengatakan bahawa Imam mereka itu mendapat sakit dan mati kerana sakitnya itu. Ada pula yang mengatakan bahawa Imam mereka itu dibunuh oleh seorang wanita Yahudi dengan menggunakan penyodok tanah yang dihayunkan ke kepalanya. Dan beberapa riwayat lain lagi yang berbeza-beza.

b.Imam mereka itu sebenarnya hanyalah sebuah legenda, wataknya diadakan sementara dan ditiadakan semula untuk kepentingan mereka sendiri. Ini dikeranakan lingkungan yang mengetahui keperibadian Imam mereka itu amatlah terbatas, dan disampaikan secara yang amat rahsia pula. Dalam hal ini, dirasakan bahawa Imam mereka itu hanyalah watak rekaan adalah lebih hampir kepada kebenaran. Kelahirannya amatlah rahsia, sehinggakan adik-beradik dan kaum keluarga Imam Hasan al-Askari sendiri pun tidak menyedarinya. Mereka tidak tahu bilakah ibunya mengandungkannya, tidak tahu juga bagaimana dia dibesar dan dipelihara. Tahu-tahu sudah ada seorang anak lelaki yang sudah pun besar panjang. Anak siapa yang diperalatkannya itu? Selepas itu, budak lelaki itu tidak pernah ditemui lagi oleh sesiapa pun dari kalangan mereka, termasuk kaum kerabatnya sendiri.

Rumusannya, puak Syiah sebenarnya menanti kemunculan Imam Mahdi yang sudahpun benar-benar mati. Mereka juga menanti Imam Mahdi yang tidak akan muncul sampai bila-bila pun, walaupun mereka setia menantinya sehingga ke saat angin sangkakala pertama ditiupkan oleh malaikat Israfil AS.

2.Imam Mahdi Syiah itu sebenarnya lebih dari seorang dan tidak diketahui siapa sebenarnya yang akan keluar pada akhir zaman nanti. Masing-masing pihak mendakwa Imam Mahdi merekalah yang akan muncul kelak, dan setiap dakwaan itu disertakan pula oleh beberapa buah hadis Nabi SAW dan ucapan daripada Sayidina Ali KMW dan Imam-imam yang lain. Apabila ini berlaku, terjadilah pertindihan maklumat dan tidak lagi kita ketahui yang mana satu Imam Mahdi yang akan muncul kelak. Jika ini berlaku juga (katakanlah begitu), maka pastilah pendapat salah seorang Imam mereka itu akan menjadi batil dan batal, sedangkan Imam-imam mereka itu didakwa sebagai orang-orang yang maksum. Menurut pandangan kita, maka semuanya itu tidak akan terjadi, insya-Allah kerana semua dakwaan itu tidak sesuai dengan kehendak dan syarat-syarat yang digunakan oleh Ahlus Sunnah wal Jamaah.

3.Imam Mahdi Syiah itu memiliki sifat-sifat yang tidak mampu dimiliki oleh mana-mana manusia pun, kerana sifat-sifat tersebut hanya boleh dan patut dimiliki oleh Allah semata-mata. Misalnya Imam Mahdi itu ditaati dan ditunduki oleh setiap zarah yang ada di alam ini, dia mengetahui setiap perkara dan nama, dia tidak akan lupa pada sesuatu, tidak akan tersilap dan banyak lagi. Lihatlah kitab-kitab muktabar dalam mazhab Syiah untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi akan hal ini. Sifat ini sebenarnya tiada pada sesiapa pun.


Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

edisi indonesia tapi bahasa

edisi indonesia tapi bahasa melayu, copas dari mana nih

jangan...

jangan terlalu taksub mengata syiah... kaji betul2 jangan mencampur aduk syiah imamiyah dengan syiah yang lain..

saya nak awak kaji tentang peristiwa GHADIR KHUM...peristiwa ini memberitahu mazhab awak bukan mazhab yang haq(benar)..banyakkan membaca buku dan menkaji tentang hadis sama ada palsu @ pun tidak kerana zaman dahulu musuh2 allah membuat hadis palsu...

kalau nak pandangan email saya...

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer