warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

0130 Imam Mahdi Syiah Adalah Imam Ghaib





0130 Imam Mahdi Syiah Adalah Imam Ghaib


Kitab Yanabi’ul Mawaddah juga mengakui bahawa Imam Mahdi mereka adalah imam yang ghaib kerana terdapat sebuah hadis yang menyebutkan demikian. Hadis tersebut terjemahannya berbunyi kira-kira begini:


Diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah, beliau bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah Al-Qaim dari anak cucumu akan ghaib?” Rasulullah SAW menjawab, “Ya.”  Lalu baginda SAW bersabda, “Wahai Jabir, ini adalah salah satu urusan dari urusan Allah, dan salah satu rahsia dari rahsia-rahsia Allah. Engkau jauhilah daripada syak kerana syak pada urusan Allah adalah kufur.” (Yanabi’ul Mawaddah, hal. 489)

Ahlus Sunnah juga mempercayai bahawa Imam Mahdi adalah iman yang ghaib, tetapi tidak semua yang mempercayainya. Konsep imam yang ghaib ini hanya dipercayai oleh kalangan ahli tasawuf dan para pengikut mereka sahaja, tidak dibawa kepada orang awam. Ahli-ahli tasawuf ini mendasarkan kepercayaan mereka itu kepada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal RH. Hadisnya itu ada penulis sertakan pada bahagian berikut nanti, dan sesiapa yang mahu membandingkan hadis Imam Ahmad bin Hanbal itu dengan hadis puak Syiah di atas, bolehlah dilihat ke bahagian berkenaan.

 Konsep imam ghaib Ahlus Sunnah ini nyata jauh berbeza daripada konsep imam ghaib bagi puak Syiah, yang secara jelas menyatakan bahawa sesiapa yang tidak mempercayai keghaiban imam mereka, dihukumkan kufur. Ini jelas diambil dari maksud zahir hadis yang diriwayatkan oleh mereka. Maknanya, mempercayai Imam Mahdi sebagai ghaib adalah merupakan salah satu cabang rukun iman yang wajib diketahui, diyakini dan disampaikan bagi sekalian pengikut mazhab Syiah.

Dan berdasarkan pengamatan penulis sendiri, setelah melihat kepada susur sanad dan rawi hadis yang dibawa oleh Imam Ahmad bin Hanbal RH itu, kemudian membandingkannya dengan susur sanad dan rawi hadis Syiah itu dengan teliti, tidaklah salah rasanya jika dikatakan bahawa puak Syiahlah yang sebenarnya meniru konsep imam ghaib daripada Ahlus Sunnah. Ini berdasarkan senarai rawi puak Syiah yang lebih panjang dan bercelaru, selain langsung tidak dikenali oleh kita sedangkan rawi dalam hadis Imam Ahmad itu adalah jauh lebih mantap dan lebih berwibawa dengan jarah wat takdil yang terang jelas.

Kesimpulannya, Syiah meletakkan Imam Mahdi mereka sebagai seorang yang sangat istimewa, lebih istimewa daripada Rasulullah SAW sendiri. Imam Mahdi mereka adalah imam yang maksum, setaraf dengan rasul-rasul kerana menurut Ahlus Sunnah, hanya rasul-rasul sahaja yang maksum. Bagi yang selain rasul dan nabi, atau golongan wali-wali disebut mahfuz. Imam Mahdi mereka akan menyempurnakan syariat Islam yang dibawa oleh baginda SAW, kerana syariat Islam masih belum sempurna dibawa oleh baginda SAW. Penyempurnanya adalah Imam Mahdi.

 Imam Mahdi Syiah setaraf dengan Tuhan kerana mengetahui setiap sesuatu. Sifatnya yang sempurna dalam pemerintahan menjadikannya setaraf dengan Tuhan kerana setiap sesuatu tunduk dan patuh kepada Imam Mahdi termasuk setiap atom/zarah dan alam malakut. Imam Mahdi juga mampu membangkitkan orang yang telah mati, sebelum lagi dibangkitkan manusia di Padang Mahsyar. Imam Mahdi Syiah juga tidak akan mati melainkan dengan izinnya sendiri. Imam Mahdi juga mempunyai sifat tidak pernah lupa. Dan banyak lagi perkara yang menakjubkan mengenai diri Imam Mahdi dan Imam-imam mereka. Kebanyakannya melebihkan Imam-imam itu daripada rasul-rasul sendiri dan setara dengan sifat Allah. Lihatlah kitab-kitab Syiah sendiri jika mahukan lebih maklumat mengenainya.


Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

IMAM MAHDI SYIAH GHAIB

ada tiga masalah besar dlm lingkup dunia Muslim yakni: 1. perebutan tahta pewaris 'keturunan' nabi, rasul atau ahli bait; 2. perebutan untuk menjadi 'Imam Mahdi', dan 3. perebutan Masjidil Haram. Dua kelompok besar yang bertarung ini adalah kelompok Sunni dengan kelompok Syiahnya.

Ahlul Bait:

Mereka itu adalah orang-orang yang telah diberi nikmat oleh Allah, yaitu para nabi dari keturunan Adam, dan dari orang-orang yang Kami angkat bersama Nuh, dan dari keturunan Ibrahim dan Israil, dan dari orang-orang yang telah Kami beri petunjuk dan telah Kami pilih. Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis (QS. 19:58).

Dlm Al Quran hanya disebut nama nabinya bukan 'nabi' seperti keturunan Ibrahim, keturunan Ishak, keturunan Nuh, jadi bukan disebut 'keturunan nabi' (Ibrahim). Hebatnya, dlm Al Quran tidak disebut sama sekali istilah keturunan Muhammad yang ada hanya Surat Muhammad. Mukjizat terbesar pada Nabi Muhammad SAW adalah 'tidak' dianugerahinya anak laki-laki sampai dewasa. Dengan demikian, tidak ada pewaris 'keturunan' ahlulbait atau nabai atau rasul, jadi tak perlu diperebutkan 'dinasti' ahlul bait.

Imam Mahdi:

Selanjutnya, menyangkut issu kedatangan Imam Mahdi itu sebenarnya wujud harapan pengikut Nabi Ibrahim As. setelah beliau berdoa sbb.:

QS. 10.105. "Hadapkanlah muka (jiwa dan raga)mu kepada agama dengan tulus dan ikhlas dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang musyrik".

IMAM MAHDI SYIAH IMAM

IMAM MAHDI SYIAH IMAM GHAIB..??

Imam Mahdi Syiah Imam Mohammad Hassan Al-Askari,
Imam Syiah Ke12 memang benar nasab Pewaris Nabi,
Telah hilang didalam lobang gua sukar dicari lalu mati,
Karna terlalu sayang dikatakan ghaib maseh hidup lagi...

Telah lebeh seribu tahun ghaib sangka maseh bertapa lagi,
Dalam gua "The Cave Man" dikata sedang kemaskan diri,
Belum bangkit lagi Messiah Syiah dibina dulu Al-Mahdi City,
Harapan Syiah dari bumi Parsi itulah bangkitnya Islam Sejati ...

Kesian lebeh seribu tahun Puak Syiah mengeluh menanti,
Berpucok surat dilayang Imam Zaman Syiah terus menyepi,
Apa pendirian puak Syiah yg dinanti tidak juga munculkan diri,
Jika Imam Mahdi Sejati muncul bukan dari Syiah apa nak jadi...

Puak Syiah sombong sangkanya hanya merekalah Pewaris Nabi,
Ahlul Bait tidak henti pada Imam Ke12, cari yg laen ada lagi,
Orang laen biasanya sedap bermimpi kapan tidor dimalam hari,
Herannya koq maseh ada lagi yg bermimpi mengigau disiang hari...

Cobak renongkan bukankah doktrin kalian juga sama serupa..??
Yg pertama The Cave Man dikata hilang ghaib diGua Sammara'.
Satu lagi pengikutnya yakin dia hanya hilang ghaib diGua Kahfi.
Keduanya ngak jauh berbeda membawa maksod hampir sama..

Allahu'alam, Wassalam...
Ampon pak & Peace... =)_(= ...

Imam Mahdi Syiah, Imam Syiah

Imam Mahdi Syiah, Imam Syiah Yg Ke12 adalah Imam Ghaib,
Imam Mahdi Arkam, Syeikh Suhaimi kan sama juga Imam Ghaib,
Pembantu Imam Mahdi Arkam, Abuya dah jadi Pembantu Ghaib,
Pembantu Imam Mahdi Syiah, Ahmadi Nejad maseh belum ghaib...

Jika kata Hadis2 keberadaan Imam Mahdi Syiah bercelaru,
Keberadaan Imam Mahdi Arkam tidak kurang sama bercelaru,
Abuya dah sah mati tak percaya kata ghaib mula bercelaru,
Disangka bertapa diGua Kahfi bangkit semula lagi haru-biru...

Hanya Imam2 Mahdi Palsu adalah Imam2 yg diakui Imam Ghaib,
Tetapi Imam Mahdi Sejati penzahir Muhammad Ke2 tidak ghaib,
Sebagaimana Nabi SAW dikenali berjasad ragawi tidak ghaib,
Imam Mahdi Sejati dinobat depan Kaabah bukanlah Insan Ghaib...

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer