warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

0128 Percaya Kepada Raj'ah





0128 Percaya Kepada Raj'ah


Raj’ah adalah kepercayaan paling mengarut dalam ajaran Syiah. Nampaknya puak Syiah pada hari ini cuba menutup soal ini serapat-rapatnya, sehingga ramai orang bukan Syiah pada hari ini sudah tidak berapa perasan lagi mengenainya. Di dalam buku-buku baru yang dikarang oleh ulama Syiah moden, masalah ini nampaknya tidak disentuh lagi, atau cuba ditutup. Mungkin kerana mahu meraih simpati dan sokongan daripada pengikut Ahlus Sunnah kepada mereka. Para simpati Syiah hari ini yang semakin ramai di Malaysia juga tidak berapa perasan akan hal ini, atau sengaja buat-buat tidak perasan.

Seorang ulama Syiah yang terkenal, Al-Mufid, telah menulis di dalam kitabnya, Al-Irsyad, yang katanya, berikut ini adalah merupakan sebuah hadis atau ucapan Imam mereka, yang terjemahannya kira-kira begini:

Apabila bangkit Al-Qaim, akan dibangkitkan sama pembunuh Sayidina Al-Husain. Mereka akan dihidupkan semula lalu dibunuh dengan dihukum pancung di khalayak ramai, malah bapa-bapa pembunuh itu pun akan turut dibangkitkan dan dihukum.

Berdasarkan riwayat itu, kita mengetahui bahawa mempercayai Raj’ah adalah cabang besar daripada kepercayaan terhadap Imam Mahdi mereka. Maknanya, Imam Mahdi mampu menghidupkan semula (atau Allah berikan kepadanya keistimewaan untuk menghidupkan) orang yang telah mati untuk diberi pembalasan di atas dunia ini, lalu dimatikan lagi untuk menerima pembalasan di akhirat kelak. Hanya di hadapan penyokong Ahlus Sunnah perkara ini seakan-akan cuba ditenggelamkan atau dikecilkan. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mendapatkan sokongan dan simpati daripada mereka. Selanjutnya, menurut al-Irsyad lagi, Imam Jaafar Al-Baqir pernah berkata mengenai hal raj’ah ini, yang dalam bahasa Melayunya kira-kira begini:

“Apabila bangun Al-Qaim yang dari ahli keluarga Nabi Muhammad SAW, maka akan dibangkitkan semula 500 orang (pemimpin) dari kaum Quraisy lalu dipancung leher mereka. Kemudian dihidupkan semula 500 orang (pemimpin) lagi lalu dipancung leher mereka, kemudian 500 lagi hinggalah dibuat seperti itu sebanyak enam kali.” (Al-Mufid, al-Irsyad, hal. 364)

Kita yang Ahlus Sunnah yakin bahawa Imam Jaafar al-Baqir tidak pernah berkata demikian, kerana beliau bukanlah seorang yang pendendam seperti yang diceritakan oleh penganut Syiah yang amat fanatik ini. Para Imam Syiah itu juga tidaklah pernah membuat apa-apa kenyataan yang bersifat balas dendam seperti itu. Mereka adalah orang-orang yang sangat mulia pada pandangan seluruh umat Islam, amat bertakwa kepada Allah SWT dalam segala perbuatan mereka, akhlak mereka amat terpuji dan tinggi, iman mereka amat tebal dan mereka amat terpilih di antara sekalian umat ini. Keturunan mereka juga amatlah mulia di kalangan sekalian manusia ini.

Mustahillah orang-orang yang seperti itu sifat dan keadaannya, masih lagi mempunyai sifat pendendam yang amat tebal terhadap umat Islam yang lain, terutama yang Ahlus Sunnah. Juga mereka tidak mendendami keturunan Sayidina Muawiyah atas segala kelakuan mereka itu kepada para Ahlulbait. Dan kita juga yakin, Imam mereka itu sebenarnya adalah para pengikut Ahlus Sunnah yang sangat taat dan amat saleh, bukannya berfaham Syiah. Taraf mereka adalah para wali yang istimewa, bukannya orang biasa seperti kita ini, atau seperti pengikut Syiah sendiri.

Lebih mengarut lagi ialah para Imam mereka yang sebelas orang itu akan turut dibangkitkan untuk diberi kesempatan memerintah pada akhir zaman, bergilir-gilir seorang lepas seorang mengikut urutan sehingga sampai kepada Imam Mahdi mereka. Ini berlaku kerana kononnya semasa hayat mereka dahulu, mereka tidak diberikan kesempatan untuk memerintah dunia ini dalam erti kata yang sebenarnya. Begitu jauh mengarutnya kepercayaan Syiah terhadap raj’ahnya para Imam mereka.


Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer