warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

0122 Salahkah Berdoa Disegerakan Kemunculan Imam Mahdi





0122 Salahkah Berdoa Disegerakan Kemunculan Imam Mahdi


Oleh kerana masalah ini adalah masalah furuk, juga bersifat masalah khilafiah sahaja atau dikatakan sebagai suatu tajuk yang merupakan ijtihad semata-mata, maka sudah pastilah tidak ada salah dan dosa jika kita memohon kepada Allah SWT agar disegerakan janji-janji Allah itu, demi maslahat umum umat Islam. Malah sebenarnya, itulah yang sangat dituntut oleh Nabi SAW, sebagai lambang keprihatinan kita terhadap isyarat-isyarat tersembunyi yang terdapat di dalam hadis-hadis.

Berikut adalah antara alasan yang boleh diberikan yang dapat menyokong pendapat berkenaan, yang antaranya adalah;

  1. Doa adalah salah satu ikhtiar yang Allah berikan kepada manusia dan jin. Doa juga adalah senjata yang amat mustajab untuk mendapatkan sesuatu pertolongan daripada Allah. Setiap manusia, khususnya orang-orang mukmin amatlah dituntut oleh agama kita agar berdoa, kerana doa adalah antara ikhtiar yang terbaik. Berikhtiar adalah wajib. Memakbulkannya atau tidak adalah hak mutlak Tuhan.
  2. Manusia dituntut mencari jalan agar mencapai kesejahteraan hidup sama ada di dunia, apatah lagi di akhirat sana. Imam Mahdi membawa kesejahteraan hidup yang merata, dan hal ini sudah dijanjikan oleh banyak hadis, daripada yang sahih hinggalah kepada yang dhaif. Tidak ada keraguan lagi padanya.
  3. Manusia wajib mencari pemimpin yang ditunjuk, jika mereka hidup pada awal setiap kurun Hijrah seperti yang disabdakan oleh hadis. Pemimpin yang ditunjuk ini adalah seorang yang bertaraf mujaddid, bukan sekadar seorang ulama biasa dan bukan pula sekumpulan ulama. Beliau adalah seorang pemimpin yang sudah dijanjikan untuk manusia, bukan sahaja secara umum, malah secara amat khusus dan berulang-ulang pula.
  4. Ini adalah janji Allah dan rasul-Nya untuk kita. Tidak salah jika kita menuntut janji Allah itu untuk kita, sama seperti janji-janji-Nya yang lain, sama ada yang berupa balasan di dunia mahupun yang di akhirat.
  5. Perbuatan ini adalah termasuk jihad pada jalan Allah kerana setiap orang yang membantu menegakkan Islam di atas muka bumi ini adalah dianggap sebagai mujahid. Dan paling istimewa, mereka membantu Imam Mahdi menegakkan semula Islam di atas muka bumi ini, untuk kali yang kedua.
  6. Perkhabaran Islam naik semula sudah dijelaskan oleh Nabi SAW dalam banyak hadis. Maknanya, sesiapa yang berjuang, perjuangannya adalah tepat seperti yang disebutkan oleh hadis. Perjuangannya benar-benar atas landasan agama dan disahkan pula oleh Nabi SAW sendiri. Siapa yang tidak mahu berjuang atas landasan yang benar lagi sahih?
  7. Orang-orang dari mazhab lain, terutamanya Syiah telah lama berdoa bersungguh-sungguh dan amat menanti-nantikan kemunculan Imam Mahdi. Jika puak Syiah yang salah akidahnya itu pun boleh sedemikian beria-ia, kenapa kita yang yakin kita adalah benar akidahnya tidak bersungguh-sungguh seperti mereka? Sepatutnya kitalah yang lebih bersungguh-sungguh dan beria-ia berdoa dan berusaha agar hadis-hadis itu menjadi kenyataan. Kini keadaannya sudah jadi terbalik. Jangan sampai pula nanti, Imam Mahdi itu keluar ke dunia ini disebabkan oleh doa orang-orang Syiah itu pula!
  8. Kalau tesalah sekali pun, tetap akan mendapat pahala iaitu pahala berdoa dan pahala kerana berusaha. Setiap doa dan setiap usaha akan tetap diberikan pahala biar pun usaha itu gagal atau tidak didapati oleh kita.
  9. Keadaan umat Islam di seluruh dunia pada hari ini yang amat menyedih dan memilukan, menyebabkan kita amat patut berdoa agar umat Islam yang hanya tinggal namanya sahaja ini dapat diselamatkan oleh seorang pemimpin yang sejati, yang dapat membela seluruh umat Islam, dan melepaskan mereka daripada jerat Barat yang sangat mencengkam ini. Umat Islam sedang diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh lamanya iaitu Kristian, Yahudi, komunis, nasionalis dan kapitalis, beralasankan sistem sosialis dan demokratik.

Malah al-Quran sendiri memerintahkan kita agar selalu memanjatkan doa agar segera diturunkan-Nya seorang pemimpin sejati yang akan membela kita umat Islam seluruhnya. Arahan itu dibuat oleh Allah SWT melalui kisah kaum Bani Israel pada zaman dahulu. Seluruh kaum Bani Israel pergi mendatangi Nabi Samuel AS memintanya mendoakan kepada Allah agar ditunjukkan kepada mereka seorang pemimpin yang akan membela dan membantu mereka mengalahkan kekejaman Raja Jalut. Hasil daripada doa mereka itu, Allah tunjukkan kepada mereka Talut, seorang petani yang tinggal di pedalaman. Maka, salahkah kita turut sama mendoakan agar pemimpin sejati itu segera Dia munculkan? Tidak bolehkah kita hanya mengikut apa yang sudah ditunjukkan oleh al-Quran sendiri?

Bagi mana-mana umat Islam yang amat prihatin terhadap keadaan umat Islam pada hari ini, tahu benar peri pentingnya kemunculan seorang pemimpin yang boleh membawa seluruh umat Islam kembali kepada Tuhan dan mencapai kemuncak kejayaan, pastilah sangat menanti-nantikan kemunculan pemimpin berkenaan dan tidak akan henti-henti mendoakan agar kemunculannya segera berlaku, pada kurun ini.

Begitu juga sebelum lahirnya Nabi Muhammad SAW, beberapa tanda sudah kelihatan dan jelas pada pandangan orang-orang yang tahu dari kalangan pendeta Yahudi dan pendeta Kristian. Namun, semakin dekat dengan masa diutuskan baginda SAW, semakin galak mereka mendoakan agar pemimpin akhir zaman itu (Nabi Muhammad SAW) segera dibangkitkan. Sayangnya, mereka mendoakan agar Nabi Muhammad SAW itu lahir dari kalangan bangsa mereka. Apabila Nabi Muhammad SAW itu lahir dari celah-celah bangsa Arab, mereka terus menolaknya dengan alasan baginda SAW bukan dari kalangan bangsa mereka.

Namun, pengajaran daripada kisah ini ialah tidak salah jika kita mendoakan agar pemimpin akhir zaman ini segera dibangkitkan oleh Allah SWT. Hanya itulah satu-satunya cara untuk memulihkan keadaan umat Islam ini seluruhnya yang sedang amat hina dan lekeh pada pandangan seluruh dunia. Kita hina di mana-mana sahaja kita berada kerana kita ibarat anak yatim yang tiada beribu dan berbapa atau seperti sang musafir yang sesat, tiada tempat hendak mengadu masalah yang sedang dihadapi.

Maka jelaslah di sini bahawa tidak ada salahnya jika kita berdoa agar Imam Mahdi itu segera dibangkitkan-Nya untuk kita seluruhnya, bukan untuk kita seorang sahaja atau hanya untuk kumpulan kita sahaja. Kalaulah doa kita dimakbulkan oleh Allah SWT, maka bayangkanlah betapa besar pahala yang akan kita dapat kerana telah membantu seluruh umat Islam di seluruh dunia daripada segala masalah dan penindasan yang sedang mereka terima ini. Berdoa agar Imam Mahdi muncul tidak memerlukan apa-apa modal, sedangkan balasannya cukup-cukup besar, tidak termakan dek kita seorang di akhirat nanti. Maka, sepatutnya kita berdoalah banyak-banyak dan sentiasa berharap agar segera ditunaikan-Nya akan segala janji-Nya itu, pada zaman kita ini. Amin ya Rabbal ‘Alamin.


Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

Kagak ada Judul

Mangnya ada yang pemimpin akhir jaman, kalian mangnya tahu sapa dia jangan terlalu berharap. Karena bisa membuat Gue gila !

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer